Selasa, 10 Ogos 2010

Shopping baju raya

Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut heh heh, dan sempena esok kita nak sambut 1 Ramadhan, aku nak ucap kan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ibadah kita tahun ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni kan... insyaAllah.. dan semoga kita semua dapat bertemu dengan
Lailatul Qadar amiinn..

Ermm ishk kan posa pun belum dah citer pasal baju raya .. apa daa.. tapi nak buat cam ner, pada ibubapa yang beranak kecik cam aku ni, memang le kena citer pasal baju raya even sebulan sebelum posa pon..
Tau sebab apa??? sebabnya supaya tak yah kita bersusah payah, berasak-asak bawak anak-anak time bulan posa nak pegi shopping baju raya!!  Kesian ler bebudak tu, gamak ada yang ter-peghechai posa (terbukak - bahasa penang arr)  nanti.. Buatnya dapat anak ko yang skema abih, tak mo bukak posa, cam ner?? Taaak ke kesian budak tuuu.. melepek lembik dek kerna shopping baju raya..


Aku lagi 3 minggu nak raya dah siap-siap beli baju budak-budak dah.. destinasi kali ni ??



kat Sogo KL.. situ senang arr bawak budak-budak sebab ko tak yah nak merayau jejauh sumer ada kat satu floor.. pada aku, banyak pilihan la jugak untuk items yang less 50%! Last year pegi beli kat Isetan & Parkson KLCC ..sudahnya dapat ler jgak baju tapi kena bayor mahal.. sebab yang less 50% tak ler banyak sangat pilihan. Kata KLCC kan!! korang paham-paham sendri arr.. dia nak bayor sewa premis mahal....

Alaa untuk rakyat marhain cam aku ni, takat shopping items yang less 50% udoh lerr.. lagi pun aku rasa tak berbaloi dan sangat lah ruginya nak spend beratus-ratus untuk sehelai seluar jeans atau baju seorang kanak-kanak... Kalo kasut tu tak pa lah sebab hari-hari ko leh sesah kasut yang sama :) lagi pun kasut kan kena beli yang selamat tapak dia, supaya anak tak tergelincir ke terlentang ke masa berlari..

Tapi yang kelakonya aku ngan enchek suami ni punya la berkobar-kobar pegi awal-awal pagi kononnya nanti kalo lambat orang ramai, tak de paking.. sampai je sogo basement tu, hamek ko, penuh!! chesss nasib lerr ronda punya ronda jumpa paking space ni mcm tersorok sket la.. aku pun baru tau kewujudannya.. Zasss masuk, lengang!! ke orang ramai tak tau paking ni ek?? ntoh...

Haa tu baru paking kan, blom aku citer kat tingkat 4 sana nun! korang bayangkanlah!! Bukaklah pintu lif tu, maka bertebaranlah manusia kat situ.. sedang tekun masing-masing memilih baju anak, tanpa memperdulikan apa yang berlaku disekeliling (tu aku la tu he he heeee)..  Adik aku kebetulan bertembung dalam lif, tadi (kekeke kelako la pulak, memasing ehhh??? ko camner leh jumpa kat sini - dlm lif- padahal tak de pun aku janji bagai ngan dia nak gi sogo tu)  .. ha adik aku, terus belah pegi KLCC sebab kata dia orang ramai sangat pening nak muntah tak tau nak pilih baju cam mana!!

Fuhh!! dalam keadaan gegak gempita tu sempat la settle sumer dlm kul 1.30 kot, baby nadiah pun dah restless, merengek-rengek, maka tak sempat ler pegi Masjid India cari baju melayu..

So, selamat ler satu bab! Bab kasut tu tak pe.. kasut yang ada leh pakai lagi.. so kakak, abang, korang sesah ler kasut tu sampai lunyai baru ummi beli lain ek! Tak elok membazir ;)

Ni bab baju melayu ngan baju kurung tak settle lagi ni, ntah bila nak hanto tempah!! Esok dah posa woiiiii...

p/s: Mak pak yang over excited shopping baju raya, anak-anak, buat dekk je.. yang dikesahkan hanyalah toys, toys, toys, mmmm kalo dah budak tu budak la jugak...

Tips menghalau lalat

Aku ni memang sangat annoyed kalo ada lalat berterbangan time aku makan, atau masak, atau bila-bila saja lah.. tapi nak marah lebeh-lebeh pun tak leh kan, sebab beliau  lalat pun makhluk Allah jugak kan...

Hmm kat rumah aku ni boleh tahan lagi, sebab populasi lalat tak la banyak sangat.. Takat 4-5 ekor je.. Tu pun aku memang sangat tensen tahap gaban  kalo lalat ni datang tanpa diundang!! Maka, aku akan selalu pastikan aku menutup segala pintu dan tingkap time menyiang ikan/ayam/udang.. dah siap sumer, aku hapuskan segala bukti, baru bukak pintu dan tingkap :P

Tapi kalo kat kampung, tak dapek la den nak nolong eks, sebab memang rumah mak aku mesra lalat he hee ..maksudnya wet kitchen tu open air.. dan memang kat situ kawasan populasi lalatnya amat la banyak!

 Okeh-okeh sudah sudah tu membebel.. sekarang aku nak bagi tips menghalau lalat secara berkesan.

Bahan-bahan yang korang perlukan:


1. Botol spray
2. Ajax Fabuloso (lagi??) preferably yg kaler pink  atau purple sebab wangi
3. Kain untuk mengelap

Cara-caranya

Korang masukkan ajax tu dalam 3 penutup dalam botol spray tadi, pah tu campur la dengan air...
Goncangkan,  dah siap untuk menjalankan misi...  Semburkan kat table top, meja, dan segala surface la yang korang rasa sesuai, lepas tu lap menggunakan kain bersih... setakat yang aku dah buat memang gerenti lalat yang ada akan berkurangan dan tak mengudang lalat baru untuk datang!

Tips mencuci bilik air untuk orang malas

Aku memang selalu mengamalkan mende ni.. Ia nya bukan saja menjimat kan masa dan tenaga, kaki dan tangan pun akan terselamat dari menjadi kasar dan kematu.

Bahan-bahan yang diperlukan:


Ni nak bagi wangi
Ni digunakan supaya kotoran degil senang tanggal



Ni untuk menahan dari tersedut bau clorox berlebihan


Baldi
Gayung macam ni
Kasut - Boot - juga untuk perlindungan maksima
 
Sarung tangan latex - melindungi tangan dari hakisan

Cara-cara:

1. Mula-mula pakai sarung tangan, kasut but dan face mask,
2. Dilute  clorox + ajax dengan air satu baldi ; Portion dia suka hati korang la
3. Pastikan clorox + ajax tadi mixed well dgn air
4. Cedok bancuhan clorox tadi dengan gayung, mula kan dengan menyiram dinding yg ber'tiles'.  Pastikan dinding korang tu rata dengan bancuhan clorox tadi.. siram, sink, toilet bowl last sekali siram lantai..
5. Tinggalkan beberapa jam, lepas tu apa lagi, sental la kalo dah lumut tu tahap tebal pat lima inci .. untuk dapat kan hasil yang memuaskan..
6. Kalo kotoran kat bilik air korang tu agak-agak kotoran manja je, korang sembur je la dgn air, pun dah cukup memanchor-manchor bilik air korang dah...

Tips Berani Mati

Yang ni memang aku buat kalo aku malas tahap gaban, gerenti takyah sental, taruk clorox banyak-banyak  + ajax sikit + air sikit dalam botol spray yang korang boleh beli kat kedai hardware atau hypermarket macam kat gambar atas tu.. halakan ke dinding, lantai, dan sebagainya yg korang nak cuci tu, ..  . biarkan 4-5 jam, pah tu korang sembur dgn air jerr.. tadaaa lihatlah hasilnya ... dinding ngan lantai bilik air korang akan bersih berseri-seri!!

Amaran!!

Sila pastikan korang memakai face mask, spek mata keselamatan, boot dan sarung tangan latex untuk mengelakkan korang pening dan muntah overdose terhidu clorox !

P/s :

1) Aku tak bertanggungjawab kalo tiles korang tukar kaler ke rosak ke eh! Tapi kat rumah aku, ok je lah takat ni tak de pulak rosak..
2) Sila ambil langkah berjaga-jaga sebab tu clorox tu racun kott
3) Dah lama aku tak cuci bilik air sebab aku dah outsource kat Chek Imah .. tapi start minggu ni kena balik le aku praktikkan skill ni sebab Chek Imah dah nak balik kampung hu huuu huwaaaa Imaaaaah!! kenapa la di saat aku amat memerlukan kehadiran ko, ko pergi!! pulang la Imah cepat.  Aku menanti kamu dengan seribu pengharapan!
4) Terima kasih untuk part time maid aku sebab idea sental bilik air guna clorox ni aku dapat dari dia lah sebenarnya.. cuma bila dia dah tak de aku kena la cipta cara yang menyenangkan diri sendiri
5) Tak sesuai kot kalau ada budak kecik dalam rumah masa korang letak clorox banyak-banyak tu..sebab bau dia memang sangat tajam!

Isnin, 2 Ogos 2010

Nadiah pertama kali pegi air terjun

Hari ahad cam ni, agak bosan duduk rumah.. esok hari kerja dan nabil sekolah, nanti keluar balik letih.. tak cukup rest.. dah last week balik kampung.. so minggu ni relek kat rumah la .. kata enchek suami.

Semalam dah keluar KL, pegi makan kat Peppercorn.. memang puas ati ar chef yus masak hasil ikan bisik enchek suami!

jadik hari ni bawak budak-budak ni mandi air terjun!! lokasi; serendah waterfall.  Hari ni jugak untuk pertama kalinya baby nadiah mencemar dunia bayinya, pegi waterfall.. saja nak introduce kat dia .. ha nadiah, ni la untungnya umah kita. leh sedut udara segar, ada waterfall, korang ada??.. ngee he hee..

Tapi nadiah tak mandi pun.. tengok2 je org mandi.. sambil layan blues mata yg ngantuk..
Abang. kakak, abah berkubang tak hengat!!



Balik dari waterfall, nadiah tido jap dlm 30 minit, pas tu bangun, ktorang heret pulak dia pegi memenuhi jemputan kenduri jiran terdekat..

Balik dari kenduri Nadiah dah rengek nak susu, tak sempat habis kan susu pun terus terlelap.. lepas maghrib baru dia bangun.. he hee itu lah Nadiah yang telah dibuli oleh umi, air terjun dan kenduri kawen hari ni.. letih tak terkata!!

Pasar Bisik ikan Kuala Muda


Aktiviti bisik-bisik Kuala Muda

Bisik?? Bisik apa? Cakap je lah bagi semua orang dengar!!
Ooo tak boleh!! Nanti pecah rahsia.. he hee
Sebenar2nya, BISIK ni dah jadi enchek suami punyer passion and obsession.
Tu laa keje dia tiap kali balik umah mak dia ..TANPA GAGAL!
Tapi aku suke, sebab aku dapat makan sedaapp.

Ok senang cerita

Definisi BISIK= bagitau kat nelayan/org yg bawak naik ikan dari bot ke darat, harga berapa ko nak offer dia dgn ikan/udang/ketam yg ada kat dia secara BERBISIK (jgn bagi org lain dengar-nanti ko tak dapat ikan tu) nelayan tu hanya akan jual ikan dia pada orang yang offer harga paling tinggi sahaja..


Aku difahamkan pasar bisik macam ni cuma ada di Kuala Muda-Kedah dan Kuala Muda Seb Perai Utara sahaja..

Kalo tak biasa bisik mula2 memang la ko terkial2 nak bisik tak tau berapa.. sebab kena agak berapa kilo yg nelayan tu bawak, pas tu kena agak2 berapa harga pasaran dia, pas tu baru leh bisik.. kalo tak alamatnya putih mata tak dapat hasil laut segar bugar ni atau ko dapat pada harga yg mahal melebihi harga pasaran.. pilihan di tangan anda!

 
Udang ni harga pada hari ktorang bisik ni dapat dlm sekilo purata RM37


Ikan duri ni - kesemuanya, RM17

Ikan ni dikenali sebagai ikan malong/belud oleh penduduk setempat.  Harga anggaran RM30~RM40 seekor.  Menurut kata enchek suami, ikan ni kalo buat sup atau kuah laksa perrrghhh!! (sila baca SEDAP).  Perrghh tak perrghhh aku awal2 lagi dah sound takmo! takmo takmo!  Agak geli ler.. Setakat ni blom ada selera nak makan beliau.  Alangkan nak snap gambar ni pun aku cuak je nak fokus dekat2.  Sempat ler jgak sorang pakcik ni, agaknya pengunjung tetap kat situ kot mengusik aku , kata dia "jaga2, ikan tu gigit orang"!!  :-p tima kasih pakcik.  Tapi memandangkan aku sangatlah jakun tak pernah tengok ikan ni, maka aku gagahkan jugak la..

Antara ikan yang ada yang korang boleh bisik untuk dilaukkan.



Sotong, memang sangat jarang naik.. Ada sekali tu enchek suami dapat sotong sgt besar, tapi sayangnya sorang pun tak teringat nak snap gambo! Aku, masa tu tgh ngandung, layan penin lalat, jadi tak kuasa dan tak exited sangat le pun dgn aktiviti enchek suami masa tu :P


Tips- untuk memulakan operasi Bisik, korang perlu ada gadget2 berikut:
 
*Duit kecik RM1, RM5, RM10 - nanti senang korang nak bayar
*Pouch bag
*Buku nota kecik (buku tiga lima daa) senang korang nak trace budget
*Plastik beg Besar
*Tong ikan
*Besen

Okeh tu je citer pasal BISIK.  Kalo kebetulan korang ada di Utara, singgah2 le kat pusat bisik ni  dan meh le meramai kan suasana kat sini!

P/s majulah bisik untuk lauk yang sedap dan lazat ^______^

Tong ikan dan besen besar untuk letak ikan dan ais demi memelihara kesegaran hasil tangkapan
Buku tiga lima supaya tak terlebih bajet.  Untuk rekod-nanti lepas-2 ni boleh refer harga