Isnin, 29 November 2010

Baju mandi Muslimah...

Akhirnya!! tercapai jgak hasrat nak beli baju mandi muslimah ni.. dah lama memendam niat, survey kat kedai online. Ada banyak.. tapi aku ni tak berapa gemor nak beli on line sebab tak leh rasa material dia.. 
banyak org kata nipis.. lagi satu tak leh cube saiz kan.

memandangkan anak2 aku ni gemor sesangat bekubang, 
boleh kata dah jadi weekend affair dah pulak aktiviti berkubang ni,
 jadi terpaksala aku beli jgak baju ni demi untuk tidak menjadi lifeguard
yg cume lepak kat tepi kolam tgk diorang bekubang!!

Aku rembat cap Ogival kat Parkson,
kaler takde pilihan tinggal tu je la saiz yg besor,
 amik je la jgn banyok bunyik daaah,.. ada orang nak sponsor ngee heehee 
Price RM269 ada less 20% .. 
aku puas ati sebab kain dia tebal, tak melekat kat badan, cepat kering dan
 yang paling penting bila masuk dlm air tak berat...

Ngee hehee sekarang aku boleh berkubang sesuka ati aku dgn budak2 ni  tanpa rasa bersalah,
 malu dan bengang akibat dihalau oleh guard kolam mandi sebab tak pakai swimming attire :P


Kat dlm baju ada tali di kiri kanan dan kat seluar ada lubang supaya kita leh ikat kedua2nya untuk megelakkan baju dari terangkat masa berenang.. 
aku akan pakai tudung lycra supaya buah-buahan tertutup dari pandangan mata orang lain hehee.. 
ha! ogival pun ada jual tudung jugak RM35.. tapi pendek tak tutup dade..

Percutian jimat ^__^

Ingatkan cuti sekolah ni sempat ler nak bawak Nabil pegi melawat Melaka sebelum dia disunatkan a.k.a dikhatankan dengan jayanya insyaAllah 3 Disember ni.. tapi apakan daya banyak hotel fully booked. Maleh la aku nak cari lagi memandangkan masa pun suntuk sangat dah . Jadi sebagai substitute-nya.. maka berbondong2 la ktorang ni pegi lepak kat Condo abang aku yg sulung..yang juga saorang chef.   Dia pun tak duk sini hari2... weekend je datang... jadi aku ngan kak ipar aku duk la berangan konon2nya ni kitorang pegi cuti mana2 la  ni- homestay-Boleh??  heheee


 Ni ler ghope budok yang nak kena potong tu hehee

 Ni seorang suami mithali yang selalu dengan rela hati menyiang ikan, sotong udang dan segala bagai keje2 remeh temeh sebelum proses memasak bermula :) Terima kasih enchek abang. Jasa mu dikenang hehehe
Budak2 ni sedang menjadi lifeguard tak berbayar a.k.a sedang skodeng dari menara tinjau kekeke

Mujur ler ada rumah singgah yang free ni.. modal cume minyak keter (tu pun dicover oleh company hehee), beli berus gigi sebab sangat2 terlupa nak bawak dari rumah, dan ikan, sotong dan udang utk mkn tengahari. Selaaamaaat duuuuit buat masa ni la kan ..

Penting sangat ke insurans nih??

Kali ni aku nak story morry pasal insurans yang dipandang ringan oleh sesetengah orang.. Bila sebut je insurans ada sesetengah puak tetiba je jadik ellergic terus shut down mind -masuk telinga kanan kuor telinga kiri.. sedehh..

Okeh Balik pada tajuk kat atas tu, bukan apa, sebenarnya sepanjang pengalaman aku menjual insurance freelance dan untuk bank juga, orang melayu memanglah sangat kurang membeli insurans.. Pelanggan aku majoritinya mereka yang sudah ada pengalaman ahli keluarga terdekat meninggal dunia, atau sakit..

Sapa yang sangat2 memerlukan perlindugan insurans?

SEMUA ORANG YANG MASIH SIHAT!! -sebab bila dah sakit, dah tak boleh beli insuras :(
Masa tu korang menangis air mata darah sekali pun takkan dapat dah beli.. kalo dapat pun premium sangat tinggi dan insurance company takkan cover pre-existing illness yg korang ada tu..

Bila korang dah ada polisi insurans sekurang-kurangnya korang ada peace of mind! Sebab tak sapa pun tau penyudah hidup masing2 kan?  tak sapa pun tau apa yang akan berlaku di kemudian hari kan?

Imagine-tiba2 doktor bgtau korang kena salah satu dari 36 penyakit yg paling popular kat Malaysia ni..-kanser...  masyaAllah  hanya org yg pernah lalui je tahu betapa perit nak melalui saat getir ni..
sebab kenyataanya, sakit ni memang memerlukan belanja yang tinggi.. even korang duk hospital kerajaan pun, still kena bayor tau kos sesetengah ubat, kos2 terapi, ward charges..haish macam2 la .. Dah la sakit, tak de income, duit pulak kena keluar.. Habis korek duit simpanan korang tau tak..

Tu bab kalo sakit.. kalo kita meniggal dulu? Ha! selalu aku dapat feedback ni dari Mr/Miss prospek- alah kak, kalo dah mati nanti hasben/bini saya yg kaya.  Alaa kak saya belum kawin kak, takde tanggungan! Sedehh  betul aku.. Betapa! ishhh!! aku cakap cam ni je, dek ok fine org dah meninggal memang la selesai malasah dia kat dunia ni.. Tapi korang sampai hati ke tinggalkan isteri/suami korang dengan hutang2 korang? hutang kredit kad la, hutang keter la, hutang motor la, hutang basikal la! OKEH!!! kalo ye pun korang tak de hutang, tak nak ke korang tinggalkan sikit belanja utk mak korang yg dah susah payah besarkan korang dari kecik sampai besar? Bila dah besar panjang, dan tiba masa korang balas jasa mak abah korang pulak diambil Allah dari mereka buat selama2nya? sedih kan??

Anak2 pulak camner? utk org yg dah ada anak.. kesian kat anak2 yang selama korang hidup, korang boleh beri perlindungan sempurna kat dorang, tiba2 korang dah tak boleh? emmmm lihat lah dengan mata hati..

Bagi yang ada insurance protections, sila semak polisi korang..sebab mungkin masa korang beli dulu masa bujang atau masa baru kawen.. sekarang dah ada anak yang semakin tahun semakin bertambah.. agak2 cukup tak ni?  hehe..

Pengalaman aku- mujurlah kami dah beli awal2 policy.  Thn 2007 enchek suami kena batu karang.  Tak de warning apa pun tup2 lepas bukak posa dia sakit kat pinggang.  Pegi klinik doktor refer hospital.  Kitorang pegi Ampang Putri Hospital. Stayed 4 hari 3 malam - gedebak gedebuk total bill RM14,000.  Company bayor up to RM6,500 je.. kalo tak de insurans? sayang wooo duit savings melayang RM7,500!!  Mujur la ada amik insurans 2 tahun lepas.. Selesai masalah ...Apa? pegi hospital kerajaan?? hehee korang paham2 je la kan...

Padahal hasben aku baru bayor total  of  RM3,600  (RM150 /24 bulan) worth of premium kat Prudential...  kiranya nett ktorang save RM3,900 duit saving .. tak paham? tak pe, korang boleh je tanya aku . free tak kena bayor pun consultation aku :D


Tahun 2009 aku pulak .. kena operate buang ovarian cyst.  Ampang putri jugak.  Bill okeh la RM6,700 je.  Company husband cover RM6,500- Lagi RM100 claim insurans.  Dapat lagi RM800 dari insurans company sebab aku buat major surgery .  Hehee duit terpijak nama dia tu .. apa lagi kalo dah duit terpijak tu , shoping terpijak la jawabnya...

Walaupun kitorang spend agak banyak jugak la tiap2 bulan untuk insurans ni tapi tak kisah la.. sebab at least dah ada peace of mind walaupun coverage tak ler sampai berjuta2 hengget (agak sesuai la untuk golongan rakyat marhain macam kitorang ni .. ye la kita bukan harta melambak yg sampai makan tujuh keturunan pun tak habis..) sekurang2nya kalo berlaku apa2 uncertainties, ada lah jugak back up..  

 
SEKALI lagi, kalo korang nak tau lebih lanjut boleh le tanya kat aku .. insyaAllah mana yang boleh share aku share dan tolong..Jangan risau aku bukannya jenis product pusher.. korang boleh dengor aku membebel, lepas tu suka ati korang buat decision sendiri.. sebab at the end of the day, we are the one who take charge of our own life and destiny... ha gitu ;)

Aku sayang semua orang disekeliling aku, dan semoga aku dapat mendatangkan kebaikan pada semua orang disekeliling aku

https://www.prubsn.com.my

Wahhh lamanya tak update blog ;)

Assalamualaikum... huishhh dah bersarang labah2 la blog aku ni punya la lama tak update.. senjak cuti raya.. ntoh la yer tetiba pulak angin meghoyan malas melanda.

Tapi tak dinafikan memang bayak ler event yg berlaku .. kalo nak diceritakan kat sini blom tentu pat ploh pat hari siang malam leh abih..

Tapi yang paling terkesan dihati, terpahat difikiran ialah Nadiah dah kena jangkitan coaxakie virus lepas balik dari kampung raya puasa hari tu... Akibatnya, 2 minggu ler kena kuarantin supaya tak menjangkit kat anak orang lain dan tak de la aktiviti pegi open house :P

Peghh cabaran btol bila kena duk rumah on weekends! Tak boleh bawak budak2 makan kat luar, pegi beriadah kat tempat umum, tak leh berlibur di pusat membeli belah, tak leh pi lepak rumah sepupu sepapat, adik beradik, makcik pakcik.  Ishk pendek kata habis ler rumput kat laman rumah kena tebas oleh enchek suami dek kerna tak de aktiviti lain heheh..

Ni ada info sikit pasal coaxakie virus.  Virus ni hanya menjangkiti kanak2 yg berusia 0 bulan hingga 7 tahun sahaja.  Berjangkit bila kanak2 menyentuh objek yang sudah mempunyai virus tersebut yang ditinggalkan oleh pembawa virus tersebut.. Virus disebarkan melalui saliva.. Simptom2 yang menunjukkan kanak2 telah mendapat jangkitan tersebut ialah, keluar bintik2 pada kaki dan tangan diikuti oleh demam panas.. hari  kedua dan ketiga pula demam akan hilang, tapi kanak2 yang dijangkiti akan mula sakit ulser yang keluar dalam kerongkong (ni worst case condition- ada kanak2 yang teruk, ada yang tak) biasanya mereka tak dapat makan atau minum sebab sakit dibahagian tekak.  Doktor akan menyarankan supaya kanak2 tersebut diberi makanan yang lembut dan sejuk.. seperti dadih, atau aiskrim.Hari keempat biasanya ulser akan mula berkurangan.  Tapi bintik2 pada kaki dan tangan akan terus keluar hinggalah masuk minggu kedua, bintik2 tersebut akan mula kering dan berkeruping dan akan tanggal dengan sendirinya.  Walau apa pun, simptom2 yang disebut kan tadi akan berbeza mengikut kanak2.  Ada yang cuma demam saje, ada yang cuma demam dan tumbuh bintik2 saje dan ada yang demam, tumbuh bintik2 dan sakit tekak (ulser didalam tekak).

Dalam kes aku, baby nadiah masa kena baru umur 7 bulan dan baru je start makan bubur nasi, jadi susah la jgak sebab pilihan makanan yang terhad... sampai aku terpaksa bagi dia minum air bubur nasi ke susu ke guna syringe.  Trauma la jagak masa hari ke2 dan 3 tu.. nak suap ubat pun ya Allah seksanya.. kesian sangat kat dia dengan aku sekali nangis berjemaah dgn dia :(

Alhamdulillah, mujur la nadiah ni budak baik.. jadi takde le dia merengek 24 jam.. kalo tak lagi ler aku trauma.  Bila dah masuk hari kelima tu dia dah start minum susu (agaknya dah kurang sakit tekak dia tu) baru la muka dia manis balik semula.  Kalo tak tu masam kelat!  Tengok la perbezaan kedua2 gambar di bawah.




Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi.. dan sumber yang dipaparkan disini adalah berdasarkan kepada nasihat doktor peribadi dan pembacaan melalui beberapa laman web diinternet :) .  Anda diminta merujuk dengan pakar yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat terperinci .  Terima kasih