Isnin, 25 Mac 2013

Bersalin dengan Epidural

Sebenarnya dah lama nak cerita pengalaman epidural ni tapi tah lah.. Semangat tak de..

Ni sementara tengah bersemangat ni

Tahun 2007 memandangkan masa aku tengah survey on line pasal pengalaman orang Malaysia tentang epidural ni agak susah jugak nak jumpa  jadi aku rasa berkongsi lebih baik kut eh?

Aku dah pernah merasa bersalin normal tanpa menggunakan apa pun ubat penahan sakit. Masa tu anak sulung, Nabil. Tahun 2001 tu tak banyak sangat info. Cuma pernah terbaca kat majalah Pa Ma je kut .. tu pun tak cukup menguatkan kemahuan aku untuk guna epidural.  Lagi pun kengkononnya nak jadik hero lar merasa macam mana sakit bersalin tu..

Sakit bersalin normal takyah cerita kat sini.  Semua wanita yang dah pernah melaluinya memang tau apa rasanya kan? Trauma sakit tu dengan enchek hasben sekali trauma. Sampai kami mengambil masa 5 tahun untuk merancang dapat anak kedua pulak.. Tu pun jenuh aku pujuk enchek hasben aku dia tak mau dulu. Dia kata nantilah.. Nantilah.. sebab dia kesian tengok aku bertungkus lumus masa bersalinkan Nabil dulu tu.  Sebab tu la Allah kata syurga dibawah tapak kaki ibu..

Ok ok sori termelalut.

Epidural ni sebenarnya pada aku la, sangat best! aku ambik 2 kali.  Sekali masa deliver Nabilah (2007) dan  sekali masa Nadiah (2010).. Sebab terus terang aku memang tak tahan sakit.

Ni antara procedurenya:

Doktor pakar Anesthetic tu akan cucuk kat tulang belakang macam gambar kat bawah ni :

Gambar aku amek dari Google


Doktor akan tinggalkan jarum yang pada jarum tu ada Catheter macam gambar kat bawah ni supaya ubat penahan sakit tu akan masuk dalam badan kita sikit demi sikit.. Doktor tu akan decide dia nak letak berapa banyak dosage.
Ni pun ehsan Google


Lepas je ubat tu jalan, dari abdomen sampai kaki kita akan kebas. 

Pengalaman aku, dua doktor berlainan. .Sorang doktor cina perempuan ni sangat best.  Dia cucuk sekali je dah dapat, dia kata, dia letak dos yang cukup sekadar aku tak rasa sakit tapi bila baby dah sampai masa nak keluar aku akan dapat rasa contraction tu..

Memang betul pun.. Masa Nabilah nak keluar sangat-sangat tu aku memang sakit tapi beberapa minit je, tu pun sebab tunggu Doktor Kay naik lambat sikit.

Bila doktor sampai,(aku dah sakit ni doktor boleh relax je pakai glove) aku kata "Doktor sakkkiitt laaa!! dia kata "ye ke? ok ok  bila you rasa sakit je you push". Aku pun apa lagi tarik napas dalam-dalam, push sekali je terus keluar! effortlessly! Alhamdulillah senang sangat.

Yang kali kedua pulak doktor perempuan melayu.  Dia kata dia pun buat epidural masa bersalin anak pertama masa tu tahun 80an lagi..

Aku tanya dia ada tak doktor rasa kesan sampingan. Dia kata tak de apa-apa pun... So aku lega sangat.. Tapi kali ni doktor ni terpaksa godek-godek nak cari epidural space.. Emm rasa dia macam ngilu-ngilu sikit sampai ke dada... tapi aku masih boleh tolerate lagi rasa ngilu tu nak compare dengan sakit bersalin tanpa epidural..

Kali ni kat Nadiah.  Memang tak sakit langsung sampai la masa midwife cek tu dia kata haa dah bukak 10 cm. Dia call doktor dan enchek hasben aku.. doktor datang, doktor tanya you rasa sakit tak? Aku kata tak langsung! Doktor kata kalau you rasa kuis-kuis kat ari-ari ke kat pangkal peha ke you push ok.  Lagi sekali, effortlessly! keluar la Nadiah dengan jayanya.. Alhamdulillah Allah permudahkan..


Walau apa pun hati aku tetap cuak lah jugak. Ye lah mereka tu semua manusia biasa.  Pada Allah saja aku panjatkan doa dan bertawakkal sepenuhnya mohon agar semuanya baik-baik dan mudah tanpa ada apa-apa komplikasi..

Pada aku kalau korang rasa tak tahan sakit, tak payah lah digagahkan diri untuk menempa kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan.. Sebab pengalaman aku bersalin anak sulung, dek sebab sakit yang teramat aku pun dengan tak pandai nak meneran lagi, jadi sangat letih.. dah lah malam tu pun dah tak boleh tidur..Letih sangat sampai masa nak push baby tu aku dah nak pitam. Dan lebih malang Doktor terpaksa vacuum nak keluarkan Nabil.. Kesian kan.. Alhamdulillah tak de apa-apa komplikasi pada baby..

Lagi satu, jahit pun banyak tau! Nak duduk breast feed baby pun sakit dan tak selesa..

Tapi dengan epidural aku rasa lebih selesa.. Siap enchek hasben dengan senang lenang boleh pegi tido kat wad lagi sementara nak tunggu masa baby keluar hehe.  Drama kat dalam labour room pun tak de lah! sebab masa contraction tu tak sakit langsung okehh! Aku siap boleh tido, tipon mak aku borak-borak, baca buku hehe ok kan?? Tapi mulut tu tak henti-henti zikir dan doa mohon Allah mudahkan semuanya.

Lepas bersalin, jahit pun tak banyak.. Jadi masa pantang tu sangat selesa.. dan tak de lah aku terseksa nak tunggu benang jahit tu putus sendiri..


Kesan sampingan:

Lepas je bersalin tu, memang tak boleh bangun langsung la sebab kaki kebas.  Nanti misi-misi tu akan tolong la hangkut korang balik wad hehe

Masa kat Nabilah tu aku muntah-muntah jugak sekali dua..dan rasa pening sikit-sikit je kesan dari steroid tu lah..

Tapi masa kat Nadiah tu tak rasa apa-apa...

Lain-lain semua ok je..

Kesan jangkapanjang:

Sampai sekarang umur Nabilah, dah 6 tahun, Nadiah 3 tahun,  aku alhamdulillah .. tak de rasa apa-apa pun kat tulang belakang aku..

Cuma aku tak boleh meniarap lama-lama. Nanti susah nak bangun. Sakit kat pinggang.  Ni mungkin sebab epidural atau mungkin sebab lain.  Aku tak pasti..

Tapi angkat berat-berat tu dah lama tak buat.. takut jugak .- berjaga-jaga.. Lagi pun pompan yang dah bersalin memang tak leh angkat berat-berat kan?  nanti peranakan jatuh hehe

Semoga perkongsian ni bermanfaat.. dan jangan lupa hanya pada Allah kita bergantung harap.. Epidural ni cuma alat je untuk manage kesakitan kita...

Kos Epidural

Masa kat Nadiah 2010 tu dalam RM750.. sekarang pun kalau naik mungkin dalam 20 percent.. Aku bersalin tiga-tiga kat Doktor Kay - Pusat Perubatan Naluri. Sayaaanggg Doktor Kay! Muaahh!! ehh tetiba !

Semoga bermanfaat..

11 ulasan:

  1. Berdasarkan apa yg saya baca..kemungkinan sakit belakang tu kessn diet kita...if diet cukup kalsium insyaAllah masalah tu hilang..
    Tp ads juga yg still sakit belakang..tapi apa salah ikhtiar kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dgn awak mamasyafi.. sebab saya perasan kalau saya malas amek supplement memang.. dan mungkin juga posture badan.. wallahu'alam :)

      Padam
  2. saya pon mengambil epidural mase anak pertama. Sebelum ambil, sy dapatkan khidmat nasihat doctor kerana mase tuh ramai said negative about epidural...tapi alhamdulillah sbnrnya tiada ape2 kesan sampingan.. doc pon cakap bila ibu2 selepas bersalin yg tak pakai epidural pon , jika mengabaikan pengambilan nutrisi yang cukup termasuk kalsium, akan mulalah sakit belakang and macam2... so jgn salahkan epidural, tp pastikan pengambilan nutrisi harian kita mencukupi...

    BalasPadam
  3. Salam, mudah tak nak breastfeed lepas bersalin dgn epidural?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..

      Cikpuan Zaimie, kita akan rasa kebas dari kaki kepinggang dan mual dalam beberapa jam je. lepas tu dah ok boleh mula minum dan makan dan boleh menyusukan baby macam biasa kalau susu dah ada.

      Padam
  4. Setuju.. Mmg xsakit mase pakai epidural dari start pakai till jahit.. Sy baru ada sorg baby n plan nak baby lg sbb cian tgk anak keseorng bermain xda geng .. Tp takut plqk part branak tu..before pakai tu baru je braoe cm skaitnye ya allah..bile da pakai sy boleh tido ..bangun2 tau2 part tu rase mcm kembang je.. Doct chk da 9 cm..

    Mcm sy ckp td plan nk no 2 tp orng luar ada yg ckp xleh amek epidural lg klu pernah amek sblm ni..

    Google nye google dpt plak akk betau pernah amek 2 kali epidural..

    Insyallah klu ada rezki .. Btw tq kak tini utk info..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Sama-sama dear Fead Darus 😋 .

    BalasPadam