Erk baru la dapat nak menghapdet blog akak nih. Streamyx
line aku down dari hari jumaat sampai ler hari ni setelah 7 hari ngam
ngam baru nak up. Tu pun setelah 8 kali buat call kat tm careline. Naik
darah aku dibuatnya!
Ok ok walaupun demam pilihanraya
dah hampir reda, tapi aku nak gak cerita. Tahun ni aku pegi beratur
seawal jam 8.10 pagi. Hangkut segala bala tentera. Nadiah yang tak
mandi pun tumpang beratur sekali. Tau kenapa aku pi awai?
 |
tuu Nadiah tgh menguap lagi. Gigih kan |
|
 |
Ni bukan kat rumah aku tapi kat kelantan kampung geng gagak itam aku |
Ha! ada 2 sebab. 1) aku nak gunakan kederat aku walaupun kecik, untuk
membela negara aku yang sangat aku sayang ni, sebab aku dah tak dak
negara lain lagi dah. (semoga usaha aku yang sedikit ni dinilai Allah
dan Allah beri pahala insyaAllah)
Ehh cehh cehh #murni nnyehhh#
2) GE kali ni aku berebut pi awal sebab tak rela nama aku diporak
perandakan oleh sang pengundi hantu yang suka ati je nak tolong pangkah
kan untuk aku macam masa GE 2008 dulu. Bila mana orang SPR tu kata "nama you
dah kena potong neh. You dah datang undi".
Kepala hangguk ko! kalo aku
dah datang pekejadahnya aku nak datang lagi! ko cakap pakai sedap mulut
je! (mind the language ek akak memang emo bila bercerita bab ni) Aku punya
lah hangin satu badan! Chaiss!! sapa lah yang punya keja pi jadi HANTU
RAYA aku ni! memang masa tu rasa macam nak maki hamun kat situ tau!
Marah betol akak!
Serius aku rasa hak aku sebagai warganegara dah
dicabul! Sampai la pun kalau ingat balik mendidih hati! Dan hari tu hasrat
aku nak ngundi berakhir di balai polis!
Eh! bukan aku kena tangkap sebab mengamuk kat situ yer. Pi buat report polis daa. Dan
sampai la ni setelah lima tahun berlalu, report sekadar tinggal report.
Tak dak sapa pun nak hambik kisah hapdet aku status report tu!
Beginilah
cerita seorang warganegara Malaysia yang telah dinafikan haknya pada GE
2008 dulu. Dan aku ada baca status FB kawan aku pun kena macam aku tahun
ni. Kawan, aku paham perasaan kau!
Sebagai warganegara yang berakal fikiran yang
waras kita perlulah membaca, mencari, buat homework, (jangan asik nak
taksub terima bulat-bulat tadah telinga tengok berita TV dan Radio Kebangsaan) kemudian nilai siapakah yang lebih
berhak mentadbir negara kita yang sangat kita cintai ni..
Saya Sayang
Malaysia dan saya sayang semua kawan-kawan saya, malayu, cina, india, cindia,
benggali, sabahan, sarawakian. After all kita kan Malaysian :)
Walaupun tak merasa
harga kereta turun, petrol turun, pendidikan percuma, tol di hapuskan,
saya terpaksa hadapi dan duduk di Malaysia.. Lepas ni kena pulun la
cari duit banyak-banyak dengan izin Allah, Allah beri rezeki melimpah
ruah demi kelangsungan hidup sebagai RAKYAT MARHAEN
 |
Hiway hala ke selatan ( ni kat area exit Rawang) sesak tuuu |
Lepas setel laksankan hak sebagai WARGANEGARA, maka kami pun berjimba-jimbalah ke sini.
 |
Ada orang nak tengok Iron Man- ikutkan je lah |
 |
Yang lelaki bebadan sasa pi tengok Iron Man, yang pompan berbadan kenit melompat di sini dan yang emak berbadan lagi sasa - sedang menahan kelaparan tunggu lagi sejam movie nak abeh. Simpan perut jap gi nak belasah sandwich Subway yummehh! |