** ni citer lama - baru ada masa nak jenguk blog aku yg dah bersarang labah-labah ni.. post la jugak**
Kisah ni, pengalaman ni, memanglah sangat-sangat bagi pengajaran kat aku. Aku cuba mencari hikmah yang terselindung dengan mata hati..
Isnin lepas nadiah demam.. masa aku gi amik dia kat taska tu dia dah demam.. Balik aku bagi le makan ubat. Malam tu kul 8 demam balik.. panas tak turun, aku lap-lap badan dia ngan towel basah.. pah tu enchek suami bersuara ajak pegi klinik, risau negnok anak gebu dia ni demam..
Kelam kabut ler aku tukar baju, masuk kereta, terlupa nak grab towel basah tu.. aku pangku nadiah dalam keter,.. selalunya dia akan duduk dalam baby seat dia tu.. dia aktif je memain kat tepi tingkap.. atas riba aku.
Pegi ler ke klinik syifa dr Jamal (kinik feveret nabil haha- tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pulak tempat bersunat hahaa) org maaak aii ramai. Jadi ktorang decide nak pegi klinik Kanan-Kanak Dr. Tan kat Rawang.. maka membelok le enchek suami masuk jalan besar.. tiba2 dlm 1km perjalanan, nadia dah lain dia mendongak2, badan menggigil!! sah fit ni !! aku jerit gini- "bang anak kita bang dah fit ni"!! aku punya la TAKUT ya amat Allah je yang tahu. Tak pernah aku merasa takut cam ni.. dlm fikiran dok pikir macam2 benda2 yang buruk mulut pulak duk cakap -Ya Allah selamatkanlah anak aku selamatkanlah anak aku .. sempat lagi aku bagi arahan kat enchek suami yang dah kepanikan suruh pull over kat klinik terdekat. Kebetulan memang dah nak sampai klinil Aqilah kat serendah ni ha. Melulu aku masuk tak peduli dah org seribu duk tgk aku. Tup2 doktor kata oxygen tank rosak pulak! hadoiiihh dia suruh ktorang pegi klinik serendah. Pegi klinik serendah dalam 500m dari situ.. sampai situ gelap tak de orang!! pusing bang pusing pegi klinik lagi satu tu pun dalam 500m jugak dari situ.. doktor pulak takde .. ya Allah kalo korang rasa apa?? aku ni kalo nak ikut lemah semangat dah lama pengsan. Drive pegi klini Dr Jamal balik aku main terjah je bilik belakang .. dlm bilik tu ada makcik tgh buat treatment - kena serangan sakit jantung (mujur baik le mokcik tu tak menghembuskan nafas terakhir ngeee) Dalam keadaan gegak gempita cam tu la Dr. Jamal suruh aku masuk terus bilik dia, dengan pantas dia treat nadiah bg oxygen... Kata Dr, kalo kejadian fit ni less then 5 minit selalunya tak ada apa2 komplikasi pada otak .. aku agak lega la juga.. tp doktor kata, baik bwk pegi hospital- boleh la dorang monitor nadiah 24 jam... takut2 kalau demam dan fit balik..
Maka malam tu bergegas la kami balik kemas baju, terus pi Ampang Putri - sampai sana dlm kul 11 lebih dah... Gedebak-gedebuk dapat wad kul 1.20 pagi.. 4 bedded lak tu, single room dah penuh :P. Sudahnya kami berlima bermalamlah di hospital mlm tu..
Alhamdulillah .. nadiah tak de apa2.. dua hari kemudian dah boleh dicharge ... lega.. dan memang aku trauma sampai sekarang.. bila nadiah demam aku dah risau sesangat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan