Khamis, 21 Februari 2013

Selamat tinggal Abah

20 Januari 2013 (ahad)





8 pagi, usai membaca yassin dengan suami tiba-tiba telefon berbunyi.  Tengok pada skrin terpapar Mak Tok.. (Mak aku) Hai awai hari ni mak tipon- kata hati... Jawab je, tak sempat nak zahirkan apa yg terdetik dalam hati, terdengar suara mak menangis-nangis dihujung talian.. Tini!!! Abahh Abahh dah tak dak!!

Ha? Apa mak? kenapa? terasa lembut lutut terjelepuk di atas sofa.. Allah hu Robbi.. ya Abah kesayangan telah kembali kerahmatullah pada hari ini...

Padahal kami sudah merancang nak balik kampung pada hari khamis berikutnya..Betapa janji Allah itu benar, mati itu benar tak cepat atau lewat sikit pun..

Dalam keadaan yang menggigil sambil menangis-nangis, otak beku, aku scroll handphone cari nombor adik dan abang yang tinggal di Kuala Lumpur..

Sampai ke hari ini setelah 33 ketiadaan abah aku masih rasa yang abah  masih berada di kampung bersama-sama mak.  Bukan menolak takdir Allah bukan tak redho .. tapi mungkin sebab abah pergi dengan mengejut.. dalam keadaan sihat.. Allah hu Robbi.. Setiap hari aku doa kan abah semoga Allah mengampuni dosa abah, kasihi abah sebagaimana abah mengasihiku semasa aku masih kecik.. terangi dan lapangi kubur abah... Al-Fatihah untuk abah... amin ya Robbal a'lamin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan