Khamis, 9 Ogos 2012

Soalan susah nak jawab




 Situasi: Didalam kereta masa balik dari sekolah



Nabil:
Umi, Nabil ada dengar satu cerita dari saper Nabil tak ingat la..Tapi cerita dia mcm ni, ada dua orang
pemuda, sorang bukan islam, sorang lagi islam.. dorang pegi memancing. Yang pemuda bukan islam ni dapat baanyak ikan! tp pemuda islam ni dapat sikit je ikan.. pas tu nabil lupe la sapa yg pegi tanya Rasulullah kenapa cam tu, - sebab Allah nak beri ganjaran pada pemuda islam tu di akhirat.."

Umi:
(Gulp! berfikir sejenak apa la aku nak jawab ni) Ting! Allah bagi idea-" haa tu lah .. ganjaran yang Allah
 bagi di akhirat tu lagi nikmat dan best tau berbanding dengan ganjaran kat dunia ni... lagi satu.. contohnya
 Nabil doa minta Allah beri sesuatu tapi Allah belum beri lagi, Nabil jangan la pulak buruk sangka cakap
 Allah dak dengar pun doa Nabil.. sebabnya mungkin belum tiba masanya Allah nak beri atau macam cerita
 tadi tulah, Allah simpan nak bagi di akhirat.. tugas kita sebagai manusia hanya perlu sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal..

Nabil diam agaknya berfikir atau pun berangan hontah lah.. tapi aku rasa dia boleh paham kut sebab dia pun dah nak masuk 12 tahun.  Nabil ni memang dari kecik suka tanya soklan.  Masa dia 4 tahun tu dia selalu tanya kenapa jadikan malam lah, kenapa Allah jadikan siang lah, kenapa daun warna hijau lah, macam mana baby jadi lah whooopss!

Sebagai ibu, aku seboleh-bolehnya menjawap soalan dia tu dengan mengaitkan kewujudan Allah, Tuhan semesta alam supaya dia tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa menjadikan semua yang ada dilangit dan bumi..

Dengan Nadiah dan Nabilah pun aku buat perkara yang sama.. Setiap benda yang dorang pegang, tengok, rasa seboleh-bolehnya aku akan selitkan dengan kekuasaan Allah.. Selalu dalam kereta (pada aku masa ni aku rasakan sangat sesuai untuk selitkan ncerita-cerita nasihat) pantang nampak bukit ke, laut ke, air terjun 
ke aku selalu tanya diorang "siapa jadikan bukit"... Allah.. ''siapa jadikan laut" Allah.. lepas tu cerita la sikit-sikit cara budak-budak.. pesan je hari-hari.. Mudah-mudahkan hati dorang dekat dengan Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan