Kali ini saya ingin berkongsi cerita dari pengalaman peribadi..dimana
pada bulan Ramadan 2007, suami saya telah di serang sakit batu karang.
Disebabkan sakit yang terlampau, doktor klinik menasihati suami untuk
mendapatkan rawatan dari doktor pakar. Kami bersepakat memilih Ampang
Putri kerana sudah selesa di situ..
Di Ampang Putri suami saya
telah diberi rawatan yang spesifik untuk memcahkan batu karang di
samping bekalan ubat-ubatan yang perlu diambil dalam tempoh sebulan
dua.. Jumlah hari rawatan empat hari.. total bil menjangkau RM14,000.
Syarikat suami bekerja hanya membayar RM6,500 jadi yang selebihnya-
RM7,500, kami gunakan kad kredit. Alhamdulillah, kami memang telah
membeli insurans perubatan sejak tahun 2004.. Jadi, sebenarnya kami
tidak mengeluarkan walau satu sen pun.. kerana Prudential telah membayar
tuntutan insurans kami dalam masa tak sampai pun 3 minggu.
Pada
tahun 2010 pula, kami sekali lagi di uji. Waktu itu saya baru hamil
anak ke tiga lebih kurang dua bulan. Doktor ketika scan baby, mengesan
ada cyst membesar bersama-sama janin.. dan saya dinasihat kan untuk
menjalani pembedahan bila janin menjangkau usia 3 bulan. Sekali lagi,
kami berkampung di Ampang Putri selama 3 hari 2 malam. Jumlah bil
hospital kali ini cuma RM6,600. Kami perlu tambah RM100 sebab had
syarikat cuma RM6,500. Walaupun cuma RM100, kami bersepakat untuk claim
dari Prudential. Dalam masa 2 minggu, saya terima cek berjumlah RM800
:) (ini termasuk elaun surgical, dan elaun masuk wad). Rezeki jangan di
tolak... Bukan lah maksud saya yang kita perlu bergembira jika sakit,
tetapi itu pada saya adalah reward atas kesakitan saya ;)
Dari
pengalaman di atas kami dapat simpulkan bahawa, walaupun pada mulanya
terasa rugi membayar sejumlah wang untuk insurans setiap bulan, tetapi
apabila tiba masanya, ia (medical card) sentiasa ada disitu.. tak perlu
mengorbankan wang simpanan, atau lebih teruk lagi, menjadi hamba kad
kredit..
Semoga pengalaman ini berguna pada sesiapa yang membacanya insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan