Rabu, 17 Oktober 2012

PERANCANGAN KEWANGAN





Apa itu PERANCANGAN KEWANGAN? Penting sangat ke? ok kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perkara tersebut.  Setiap buah fikiran yang dikongsi di sini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya yang pernah bertugas di Bumiputra-Commcerce Bank Berhad yang kini dikenali sebagai CIMB Bank selama 4 tahun sebagai Personal Financial Advisor.  Banyak pengalaman yang saya kutip di sini.  Organisasi ini telah banyak mematangkan saya dari perspektif perancangan kewangan.

Siapa yang tak mahu banyak duit kan?  Memang lah duit bukan satu-satunya instrumen untuk mengecapi kebahagiaan hidup.  Tetapi anda setuju tak kalau saya katakan duit memainkan peranan penting untuk bahagia.. Segalanya di muka bumi ini memerlukan duit.

Bermula dari kitaran hidup kita sebagai bayi lagi.. dengan susu, pakaian, belanja perubatan dan sebagainya - ini semua ditanggung oleh ibu-bapa kita kan? Sehinggalah kita membesar menjadi kanak-kanak, masuk sekolah rendah, seterusnya ke menara gading hinggalah kita ingin medirikan mahligai perkahwinan..  Wooo itu semua memerlukan sejumlah wang yang bukan sedikit. Kemudian kitaran akan berulang dengan kita pula perlu membiayai perbelanjaan anak-anak kita sendiri..

Oleh sebab itulah sebagai masyarakat moden kita perlu celik dari sudut perancangan kewangan seiring dengan arus.  Jika tidak, kita akan banyak tertinggal.

Saham Amanah

Merancang kewangan bukan sekadar kita menabung di bank atau Amanah Saham Bumiputra yang dijamin kerajaan.. Skopnya lebih luas sekiranya kita mahu bersara dengan sejumlah wang yang membolehkan kita hidup selesa selepas bersara.  Sekiranya kita hanya mengharapkan wang tabugan dari EPF sahaja, tindakan perlu diambil dengan kadar segera! Kerana kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya mengambil masa 3 tahun sahaja untuk mengosongkan duit tabungan EPF selepas bersara!! (refer The Star tarikh 10/05/2005)

Takaful/ Insurans

Dalam perancangan  kewangan, anda juga harus mengambilkira tentang perlindungan insurans yang lengkap dengan insurans perubatan.  Jika  umat islam, wajib beli yang menepati kehendak syariah.  Ini kerana bil perubatan semakin hari semakin meningkat.  Dan ratio rakyat Malaysia yang mendapat penyakit kritikal  semakin bertambah setiap tahun.  Seperti yang kita sedia maklum untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta, kosnya amatlah tinggi.  Begitu juga dengan hospital kerajaan.  Kita juga perlu membayar sejumlah wang untuk kos rawatan dan wad walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak hospital swasta.

Tentu anda tak mahu mengorbankan duit simpanan/tabungan anda untuk membayar bil hospital kan? atau mana la tahu sekiranya anda baru mula untuk menabung tiba-tiba diduga dengan mendapat penyakit atau kemalangan yang menuntut kos perubatan yang tinggi?  Bagaimana? Di mana harus anda mendapatkan wang? Adakah dengan meminjam dari saudara mara?  Saudara mara pun kalau nak menolong, banyak manalah sangat yang sanggup mereka beri.. sebab mereka juga ada komitmet kewangan sendiri...

Saya pernah mengalami situasi di mana ibu mendapat penyakit kegagalan ginjal.  Dan ibu saya perlu menjalani rawatan dialisis sepanjang hayatnya.  Waktu itu saya baru bekerja dan wang simpanan juga amat sedikit.. Mujur ibu beringat, ada menabung.. jadi dengan duit itu lah kami meneruskan dialisis di pusat dialisis swasta sementara menunggu giliran di hospital kerajaan.  Saudara mara tidak banyak yang boleh membantu maklumlah mereka juga ada masalah keluarga dan komitmen masing-masing.  Dari sini lah saya sedar bahawa saya PERLU ada medical insurance!  Alhamdulillah Allah beri rezeki dan saya dan suami dapat setiap bulan mengorbankan sedikit dari gaji kami untuk membiayai kos insurans kami sekelurga.


Sebab itu lah kita perlu merancang dari sekarang, semasa kita sedang sihat, badan masih kuat dan sasa untuk mencari nafkah, umur masih muda, kerana masa tidak akan menunggu kita semua dan masa yang telah berlalu tak dapat diganti lagi...


Rancanglah kewangan sebaik mungkin dan mohonlah redha Allah dlm setiap perancangan kita.  InsyaAllah selamat di dunia dan selamat di akhirat negeri yang kekal abadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan