Isnin, 29 November 2010

Baju mandi Muslimah...

Akhirnya!! tercapai jgak hasrat nak beli baju mandi muslimah ni.. dah lama memendam niat, survey kat kedai online. Ada banyak.. tapi aku ni tak berapa gemor nak beli on line sebab tak leh rasa material dia.. 
banyak org kata nipis.. lagi satu tak leh cube saiz kan.

memandangkan anak2 aku ni gemor sesangat bekubang, 
boleh kata dah jadi weekend affair dah pulak aktiviti berkubang ni,
 jadi terpaksala aku beli jgak baju ni demi untuk tidak menjadi lifeguard
yg cume lepak kat tepi kolam tgk diorang bekubang!!

Aku rembat cap Ogival kat Parkson,
kaler takde pilihan tinggal tu je la saiz yg besor,
 amik je la jgn banyok bunyik daaah,.. ada orang nak sponsor ngee heehee 
Price RM269 ada less 20% .. 
aku puas ati sebab kain dia tebal, tak melekat kat badan, cepat kering dan
 yang paling penting bila masuk dlm air tak berat...

Ngee hehee sekarang aku boleh berkubang sesuka ati aku dgn budak2 ni  tanpa rasa bersalah,
 malu dan bengang akibat dihalau oleh guard kolam mandi sebab tak pakai swimming attire :P


Kat dlm baju ada tali di kiri kanan dan kat seluar ada lubang supaya kita leh ikat kedua2nya untuk megelakkan baju dari terangkat masa berenang.. 
aku akan pakai tudung lycra supaya buah-buahan tertutup dari pandangan mata orang lain hehee.. 
ha! ogival pun ada jual tudung jugak RM35.. tapi pendek tak tutup dade..

Percutian jimat ^__^

Ingatkan cuti sekolah ni sempat ler nak bawak Nabil pegi melawat Melaka sebelum dia disunatkan a.k.a dikhatankan dengan jayanya insyaAllah 3 Disember ni.. tapi apakan daya banyak hotel fully booked. Maleh la aku nak cari lagi memandangkan masa pun suntuk sangat dah . Jadi sebagai substitute-nya.. maka berbondong2 la ktorang ni pegi lepak kat Condo abang aku yg sulung..yang juga saorang chef.   Dia pun tak duk sini hari2... weekend je datang... jadi aku ngan kak ipar aku duk la berangan konon2nya ni kitorang pegi cuti mana2 la  ni- homestay-Boleh??  heheee


 Ni ler ghope budok yang nak kena potong tu hehee

 Ni seorang suami mithali yang selalu dengan rela hati menyiang ikan, sotong udang dan segala bagai keje2 remeh temeh sebelum proses memasak bermula :) Terima kasih enchek abang. Jasa mu dikenang hehehe
Budak2 ni sedang menjadi lifeguard tak berbayar a.k.a sedang skodeng dari menara tinjau kekeke

Mujur ler ada rumah singgah yang free ni.. modal cume minyak keter (tu pun dicover oleh company hehee), beli berus gigi sebab sangat2 terlupa nak bawak dari rumah, dan ikan, sotong dan udang utk mkn tengahari. Selaaamaaat duuuuit buat masa ni la kan ..

Penting sangat ke insurans nih??

Kali ni aku nak story morry pasal insurans yang dipandang ringan oleh sesetengah orang.. Bila sebut je insurans ada sesetengah puak tetiba je jadik ellergic terus shut down mind -masuk telinga kanan kuor telinga kiri.. sedehh..

Okeh Balik pada tajuk kat atas tu, bukan apa, sebenarnya sepanjang pengalaman aku menjual insurance freelance dan untuk bank juga, orang melayu memanglah sangat kurang membeli insurans.. Pelanggan aku majoritinya mereka yang sudah ada pengalaman ahli keluarga terdekat meninggal dunia, atau sakit..

Sapa yang sangat2 memerlukan perlindugan insurans?

SEMUA ORANG YANG MASIH SIHAT!! -sebab bila dah sakit, dah tak boleh beli insuras :(
Masa tu korang menangis air mata darah sekali pun takkan dapat dah beli.. kalo dapat pun premium sangat tinggi dan insurance company takkan cover pre-existing illness yg korang ada tu..

Bila korang dah ada polisi insurans sekurang-kurangnya korang ada peace of mind! Sebab tak sapa pun tau penyudah hidup masing2 kan?  tak sapa pun tau apa yang akan berlaku di kemudian hari kan?

Imagine-tiba2 doktor bgtau korang kena salah satu dari 36 penyakit yg paling popular kat Malaysia ni..-kanser...  masyaAllah  hanya org yg pernah lalui je tahu betapa perit nak melalui saat getir ni..
sebab kenyataanya, sakit ni memang memerlukan belanja yang tinggi.. even korang duk hospital kerajaan pun, still kena bayor tau kos sesetengah ubat, kos2 terapi, ward charges..haish macam2 la .. Dah la sakit, tak de income, duit pulak kena keluar.. Habis korek duit simpanan korang tau tak..

Tu bab kalo sakit.. kalo kita meniggal dulu? Ha! selalu aku dapat feedback ni dari Mr/Miss prospek- alah kak, kalo dah mati nanti hasben/bini saya yg kaya.  Alaa kak saya belum kawin kak, takde tanggungan! Sedehh  betul aku.. Betapa! ishhh!! aku cakap cam ni je, dek ok fine org dah meninggal memang la selesai malasah dia kat dunia ni.. Tapi korang sampai hati ke tinggalkan isteri/suami korang dengan hutang2 korang? hutang kredit kad la, hutang keter la, hutang motor la, hutang basikal la! OKEH!!! kalo ye pun korang tak de hutang, tak nak ke korang tinggalkan sikit belanja utk mak korang yg dah susah payah besarkan korang dari kecik sampai besar? Bila dah besar panjang, dan tiba masa korang balas jasa mak abah korang pulak diambil Allah dari mereka buat selama2nya? sedih kan??

Anak2 pulak camner? utk org yg dah ada anak.. kesian kat anak2 yang selama korang hidup, korang boleh beri perlindungan sempurna kat dorang, tiba2 korang dah tak boleh? emmmm lihat lah dengan mata hati..

Bagi yang ada insurance protections, sila semak polisi korang..sebab mungkin masa korang beli dulu masa bujang atau masa baru kawen.. sekarang dah ada anak yang semakin tahun semakin bertambah.. agak2 cukup tak ni?  hehe..

Pengalaman aku- mujurlah kami dah beli awal2 policy.  Thn 2007 enchek suami kena batu karang.  Tak de warning apa pun tup2 lepas bukak posa dia sakit kat pinggang.  Pegi klinik doktor refer hospital.  Kitorang pegi Ampang Putri Hospital. Stayed 4 hari 3 malam - gedebak gedebuk total bill RM14,000.  Company bayor up to RM6,500 je.. kalo tak de insurans? sayang wooo duit savings melayang RM7,500!!  Mujur la ada amik insurans 2 tahun lepas.. Selesai masalah ...Apa? pegi hospital kerajaan?? hehee korang paham2 je la kan...

Padahal hasben aku baru bayor total  of  RM3,600  (RM150 /24 bulan) worth of premium kat Prudential...  kiranya nett ktorang save RM3,900 duit saving .. tak paham? tak pe, korang boleh je tanya aku . free tak kena bayor pun consultation aku :D


Tahun 2009 aku pulak .. kena operate buang ovarian cyst.  Ampang putri jugak.  Bill okeh la RM6,700 je.  Company husband cover RM6,500- Lagi RM100 claim insurans.  Dapat lagi RM800 dari insurans company sebab aku buat major surgery .  Hehee duit terpijak nama dia tu .. apa lagi kalo dah duit terpijak tu , shoping terpijak la jawabnya...

Walaupun kitorang spend agak banyak jugak la tiap2 bulan untuk insurans ni tapi tak kisah la.. sebab at least dah ada peace of mind walaupun coverage tak ler sampai berjuta2 hengget (agak sesuai la untuk golongan rakyat marhain macam kitorang ni .. ye la kita bukan harta melambak yg sampai makan tujuh keturunan pun tak habis..) sekurang2nya kalo berlaku apa2 uncertainties, ada lah jugak back up..  

 
SEKALI lagi, kalo korang nak tau lebih lanjut boleh le tanya kat aku .. insyaAllah mana yang boleh share aku share dan tolong..Jangan risau aku bukannya jenis product pusher.. korang boleh dengor aku membebel, lepas tu suka ati korang buat decision sendiri.. sebab at the end of the day, we are the one who take charge of our own life and destiny... ha gitu ;)

Aku sayang semua orang disekeliling aku, dan semoga aku dapat mendatangkan kebaikan pada semua orang disekeliling aku

https://www.prubsn.com.my

Wahhh lamanya tak update blog ;)

Assalamualaikum... huishhh dah bersarang labah2 la blog aku ni punya la lama tak update.. senjak cuti raya.. ntoh la yer tetiba pulak angin meghoyan malas melanda.

Tapi tak dinafikan memang bayak ler event yg berlaku .. kalo nak diceritakan kat sini blom tentu pat ploh pat hari siang malam leh abih..

Tapi yang paling terkesan dihati, terpahat difikiran ialah Nadiah dah kena jangkitan coaxakie virus lepas balik dari kampung raya puasa hari tu... Akibatnya, 2 minggu ler kena kuarantin supaya tak menjangkit kat anak orang lain dan tak de la aktiviti pegi open house :P

Peghh cabaran btol bila kena duk rumah on weekends! Tak boleh bawak budak2 makan kat luar, pegi beriadah kat tempat umum, tak leh berlibur di pusat membeli belah, tak leh pi lepak rumah sepupu sepapat, adik beradik, makcik pakcik.  Ishk pendek kata habis ler rumput kat laman rumah kena tebas oleh enchek suami dek kerna tak de aktiviti lain heheh..

Ni ada info sikit pasal coaxakie virus.  Virus ni hanya menjangkiti kanak2 yg berusia 0 bulan hingga 7 tahun sahaja.  Berjangkit bila kanak2 menyentuh objek yang sudah mempunyai virus tersebut yang ditinggalkan oleh pembawa virus tersebut.. Virus disebarkan melalui saliva.. Simptom2 yang menunjukkan kanak2 telah mendapat jangkitan tersebut ialah, keluar bintik2 pada kaki dan tangan diikuti oleh demam panas.. hari  kedua dan ketiga pula demam akan hilang, tapi kanak2 yang dijangkiti akan mula sakit ulser yang keluar dalam kerongkong (ni worst case condition- ada kanak2 yang teruk, ada yang tak) biasanya mereka tak dapat makan atau minum sebab sakit dibahagian tekak.  Doktor akan menyarankan supaya kanak2 tersebut diberi makanan yang lembut dan sejuk.. seperti dadih, atau aiskrim.Hari keempat biasanya ulser akan mula berkurangan.  Tapi bintik2 pada kaki dan tangan akan terus keluar hinggalah masuk minggu kedua, bintik2 tersebut akan mula kering dan berkeruping dan akan tanggal dengan sendirinya.  Walau apa pun, simptom2 yang disebut kan tadi akan berbeza mengikut kanak2.  Ada yang cuma demam saje, ada yang cuma demam dan tumbuh bintik2 saje dan ada yang demam, tumbuh bintik2 dan sakit tekak (ulser didalam tekak).

Dalam kes aku, baby nadiah masa kena baru umur 7 bulan dan baru je start makan bubur nasi, jadi susah la jgak sebab pilihan makanan yang terhad... sampai aku terpaksa bagi dia minum air bubur nasi ke susu ke guna syringe.  Trauma la jagak masa hari ke2 dan 3 tu.. nak suap ubat pun ya Allah seksanya.. kesian sangat kat dia dengan aku sekali nangis berjemaah dgn dia :(

Alhamdulillah, mujur la nadiah ni budak baik.. jadi takde le dia merengek 24 jam.. kalo tak lagi ler aku trauma.  Bila dah masuk hari kelima tu dia dah start minum susu (agaknya dah kurang sakit tekak dia tu) baru la muka dia manis balik semula.  Kalo tak tu masam kelat!  Tengok la perbezaan kedua2 gambar di bawah.




Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi.. dan sumber yang dipaparkan disini adalah berdasarkan kepada nasihat doktor peribadi dan pembacaan melalui beberapa laman web diinternet :) .  Anda diminta merujuk dengan pakar yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat terperinci .  Terima kasih

Selasa, 10 Ogos 2010

Shopping baju raya

Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut heh heh, dan sempena esok kita nak sambut 1 Ramadhan, aku nak ucap kan selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ibadah kita tahun ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni kan... insyaAllah.. dan semoga kita semua dapat bertemu dengan
Lailatul Qadar amiinn..

Ermm ishk kan posa pun belum dah citer pasal baju raya .. apa daa.. tapi nak buat cam ner, pada ibubapa yang beranak kecik cam aku ni, memang le kena citer pasal baju raya even sebulan sebelum posa pon..
Tau sebab apa??? sebabnya supaya tak yah kita bersusah payah, berasak-asak bawak anak-anak time bulan posa nak pegi shopping baju raya!!  Kesian ler bebudak tu, gamak ada yang ter-peghechai posa (terbukak - bahasa penang arr)  nanti.. Buatnya dapat anak ko yang skema abih, tak mo bukak posa, cam ner?? Taaak ke kesian budak tuuu.. melepek lembik dek kerna shopping baju raya..


Aku lagi 3 minggu nak raya dah siap-siap beli baju budak-budak dah.. destinasi kali ni ??



kat Sogo KL.. situ senang arr bawak budak-budak sebab ko tak yah nak merayau jejauh sumer ada kat satu floor.. pada aku, banyak pilihan la jugak untuk items yang less 50%! Last year pegi beli kat Isetan & Parkson KLCC ..sudahnya dapat ler jgak baju tapi kena bayor mahal.. sebab yang less 50% tak ler banyak sangat pilihan. Kata KLCC kan!! korang paham-paham sendri arr.. dia nak bayor sewa premis mahal....

Alaa untuk rakyat marhain cam aku ni, takat shopping items yang less 50% udoh lerr.. lagi pun aku rasa tak berbaloi dan sangat lah ruginya nak spend beratus-ratus untuk sehelai seluar jeans atau baju seorang kanak-kanak... Kalo kasut tu tak pa lah sebab hari-hari ko leh sesah kasut yang sama :) lagi pun kasut kan kena beli yang selamat tapak dia, supaya anak tak tergelincir ke terlentang ke masa berlari..

Tapi yang kelakonya aku ngan enchek suami ni punya la berkobar-kobar pegi awal-awal pagi kononnya nanti kalo lambat orang ramai, tak de paking.. sampai je sogo basement tu, hamek ko, penuh!! chesss nasib lerr ronda punya ronda jumpa paking space ni mcm tersorok sket la.. aku pun baru tau kewujudannya.. Zasss masuk, lengang!! ke orang ramai tak tau paking ni ek?? ntoh...

Haa tu baru paking kan, blom aku citer kat tingkat 4 sana nun! korang bayangkanlah!! Bukaklah pintu lif tu, maka bertebaranlah manusia kat situ.. sedang tekun masing-masing memilih baju anak, tanpa memperdulikan apa yang berlaku disekeliling (tu aku la tu he he heeee)..  Adik aku kebetulan bertembung dalam lif, tadi (kekeke kelako la pulak, memasing ehhh??? ko camner leh jumpa kat sini - dlm lif- padahal tak de pun aku janji bagai ngan dia nak gi sogo tu)  .. ha adik aku, terus belah pegi KLCC sebab kata dia orang ramai sangat pening nak muntah tak tau nak pilih baju cam mana!!

Fuhh!! dalam keadaan gegak gempita tu sempat la settle sumer dlm kul 1.30 kot, baby nadiah pun dah restless, merengek-rengek, maka tak sempat ler pegi Masjid India cari baju melayu..

So, selamat ler satu bab! Bab kasut tu tak pe.. kasut yang ada leh pakai lagi.. so kakak, abang, korang sesah ler kasut tu sampai lunyai baru ummi beli lain ek! Tak elok membazir ;)

Ni bab baju melayu ngan baju kurung tak settle lagi ni, ntah bila nak hanto tempah!! Esok dah posa woiiiii...

p/s: Mak pak yang over excited shopping baju raya, anak-anak, buat dekk je.. yang dikesahkan hanyalah toys, toys, toys, mmmm kalo dah budak tu budak la jugak...

Tips menghalau lalat

Aku ni memang sangat annoyed kalo ada lalat berterbangan time aku makan, atau masak, atau bila-bila saja lah.. tapi nak marah lebeh-lebeh pun tak leh kan, sebab beliau  lalat pun makhluk Allah jugak kan...

Hmm kat rumah aku ni boleh tahan lagi, sebab populasi lalat tak la banyak sangat.. Takat 4-5 ekor je.. Tu pun aku memang sangat tensen tahap gaban  kalo lalat ni datang tanpa diundang!! Maka, aku akan selalu pastikan aku menutup segala pintu dan tingkap time menyiang ikan/ayam/udang.. dah siap sumer, aku hapuskan segala bukti, baru bukak pintu dan tingkap :P

Tapi kalo kat kampung, tak dapek la den nak nolong eks, sebab memang rumah mak aku mesra lalat he hee ..maksudnya wet kitchen tu open air.. dan memang kat situ kawasan populasi lalatnya amat la banyak!

 Okeh-okeh sudah sudah tu membebel.. sekarang aku nak bagi tips menghalau lalat secara berkesan.

Bahan-bahan yang korang perlukan:


1. Botol spray
2. Ajax Fabuloso (lagi??) preferably yg kaler pink  atau purple sebab wangi
3. Kain untuk mengelap

Cara-caranya

Korang masukkan ajax tu dalam 3 penutup dalam botol spray tadi, pah tu campur la dengan air...
Goncangkan,  dah siap untuk menjalankan misi...  Semburkan kat table top, meja, dan segala surface la yang korang rasa sesuai, lepas tu lap menggunakan kain bersih... setakat yang aku dah buat memang gerenti lalat yang ada akan berkurangan dan tak mengudang lalat baru untuk datang!

Tips mencuci bilik air untuk orang malas

Aku memang selalu mengamalkan mende ni.. Ia nya bukan saja menjimat kan masa dan tenaga, kaki dan tangan pun akan terselamat dari menjadi kasar dan kematu.

Bahan-bahan yang diperlukan:


Ni nak bagi wangi
Ni digunakan supaya kotoran degil senang tanggal



Ni untuk menahan dari tersedut bau clorox berlebihan


Baldi
Gayung macam ni
Kasut - Boot - juga untuk perlindungan maksima
 
Sarung tangan latex - melindungi tangan dari hakisan

Cara-cara:

1. Mula-mula pakai sarung tangan, kasut but dan face mask,
2. Dilute  clorox + ajax dengan air satu baldi ; Portion dia suka hati korang la
3. Pastikan clorox + ajax tadi mixed well dgn air
4. Cedok bancuhan clorox tadi dengan gayung, mula kan dengan menyiram dinding yg ber'tiles'.  Pastikan dinding korang tu rata dengan bancuhan clorox tadi.. siram, sink, toilet bowl last sekali siram lantai..
5. Tinggalkan beberapa jam, lepas tu apa lagi, sental la kalo dah lumut tu tahap tebal pat lima inci .. untuk dapat kan hasil yang memuaskan..
6. Kalo kotoran kat bilik air korang tu agak-agak kotoran manja je, korang sembur je la dgn air, pun dah cukup memanchor-manchor bilik air korang dah...

Tips Berani Mati

Yang ni memang aku buat kalo aku malas tahap gaban, gerenti takyah sental, taruk clorox banyak-banyak  + ajax sikit + air sikit dalam botol spray yang korang boleh beli kat kedai hardware atau hypermarket macam kat gambar atas tu.. halakan ke dinding, lantai, dan sebagainya yg korang nak cuci tu, ..  . biarkan 4-5 jam, pah tu korang sembur dgn air jerr.. tadaaa lihatlah hasilnya ... dinding ngan lantai bilik air korang akan bersih berseri-seri!!

Amaran!!

Sila pastikan korang memakai face mask, spek mata keselamatan, boot dan sarung tangan latex untuk mengelakkan korang pening dan muntah overdose terhidu clorox !

P/s :

1) Aku tak bertanggungjawab kalo tiles korang tukar kaler ke rosak ke eh! Tapi kat rumah aku, ok je lah takat ni tak de pulak rosak..
2) Sila ambil langkah berjaga-jaga sebab tu clorox tu racun kott
3) Dah lama aku tak cuci bilik air sebab aku dah outsource kat Chek Imah .. tapi start minggu ni kena balik le aku praktikkan skill ni sebab Chek Imah dah nak balik kampung hu huuu huwaaaa Imaaaaah!! kenapa la di saat aku amat memerlukan kehadiran ko, ko pergi!! pulang la Imah cepat.  Aku menanti kamu dengan seribu pengharapan!
4) Terima kasih untuk part time maid aku sebab idea sental bilik air guna clorox ni aku dapat dari dia lah sebenarnya.. cuma bila dia dah tak de aku kena la cipta cara yang menyenangkan diri sendiri
5) Tak sesuai kot kalau ada budak kecik dalam rumah masa korang letak clorox banyak-banyak tu..sebab bau dia memang sangat tajam!

Isnin, 2 Ogos 2010

Nadiah pertama kali pegi air terjun

Hari ahad cam ni, agak bosan duduk rumah.. esok hari kerja dan nabil sekolah, nanti keluar balik letih.. tak cukup rest.. dah last week balik kampung.. so minggu ni relek kat rumah la .. kata enchek suami.

Semalam dah keluar KL, pegi makan kat Peppercorn.. memang puas ati ar chef yus masak hasil ikan bisik enchek suami!

jadik hari ni bawak budak-budak ni mandi air terjun!! lokasi; serendah waterfall.  Hari ni jugak untuk pertama kalinya baby nadiah mencemar dunia bayinya, pegi waterfall.. saja nak introduce kat dia .. ha nadiah, ni la untungnya umah kita. leh sedut udara segar, ada waterfall, korang ada??.. ngee he hee..

Tapi nadiah tak mandi pun.. tengok2 je org mandi.. sambil layan blues mata yg ngantuk..
Abang. kakak, abah berkubang tak hengat!!



Balik dari waterfall, nadiah tido jap dlm 30 minit, pas tu bangun, ktorang heret pulak dia pegi memenuhi jemputan kenduri jiran terdekat..

Balik dari kenduri Nadiah dah rengek nak susu, tak sempat habis kan susu pun terus terlelap.. lepas maghrib baru dia bangun.. he hee itu lah Nadiah yang telah dibuli oleh umi, air terjun dan kenduri kawen hari ni.. letih tak terkata!!

Pasar Bisik ikan Kuala Muda


Aktiviti bisik-bisik Kuala Muda

Bisik?? Bisik apa? Cakap je lah bagi semua orang dengar!!
Ooo tak boleh!! Nanti pecah rahsia.. he hee
Sebenar2nya, BISIK ni dah jadi enchek suami punyer passion and obsession.
Tu laa keje dia tiap kali balik umah mak dia ..TANPA GAGAL!
Tapi aku suke, sebab aku dapat makan sedaapp.

Ok senang cerita

Definisi BISIK= bagitau kat nelayan/org yg bawak naik ikan dari bot ke darat, harga berapa ko nak offer dia dgn ikan/udang/ketam yg ada kat dia secara BERBISIK (jgn bagi org lain dengar-nanti ko tak dapat ikan tu) nelayan tu hanya akan jual ikan dia pada orang yang offer harga paling tinggi sahaja..


Aku difahamkan pasar bisik macam ni cuma ada di Kuala Muda-Kedah dan Kuala Muda Seb Perai Utara sahaja..

Kalo tak biasa bisik mula2 memang la ko terkial2 nak bisik tak tau berapa.. sebab kena agak berapa kilo yg nelayan tu bawak, pas tu kena agak2 berapa harga pasaran dia, pas tu baru leh bisik.. kalo tak alamatnya putih mata tak dapat hasil laut segar bugar ni atau ko dapat pada harga yg mahal melebihi harga pasaran.. pilihan di tangan anda!

 
Udang ni harga pada hari ktorang bisik ni dapat dlm sekilo purata RM37


Ikan duri ni - kesemuanya, RM17

Ikan ni dikenali sebagai ikan malong/belud oleh penduduk setempat.  Harga anggaran RM30~RM40 seekor.  Menurut kata enchek suami, ikan ni kalo buat sup atau kuah laksa perrrghhh!! (sila baca SEDAP).  Perrghh tak perrghhh aku awal2 lagi dah sound takmo! takmo takmo!  Agak geli ler.. Setakat ni blom ada selera nak makan beliau.  Alangkan nak snap gambar ni pun aku cuak je nak fokus dekat2.  Sempat ler jgak sorang pakcik ni, agaknya pengunjung tetap kat situ kot mengusik aku , kata dia "jaga2, ikan tu gigit orang"!!  :-p tima kasih pakcik.  Tapi memandangkan aku sangatlah jakun tak pernah tengok ikan ni, maka aku gagahkan jugak la..

Antara ikan yang ada yang korang boleh bisik untuk dilaukkan.



Sotong, memang sangat jarang naik.. Ada sekali tu enchek suami dapat sotong sgt besar, tapi sayangnya sorang pun tak teringat nak snap gambo! Aku, masa tu tgh ngandung, layan penin lalat, jadi tak kuasa dan tak exited sangat le pun dgn aktiviti enchek suami masa tu :P


Tips- untuk memulakan operasi Bisik, korang perlu ada gadget2 berikut:
 
*Duit kecik RM1, RM5, RM10 - nanti senang korang nak bayar
*Pouch bag
*Buku nota kecik (buku tiga lima daa) senang korang nak trace budget
*Plastik beg Besar
*Tong ikan
*Besen

Okeh tu je citer pasal BISIK.  Kalo kebetulan korang ada di Utara, singgah2 le kat pusat bisik ni  dan meh le meramai kan suasana kat sini!

P/s majulah bisik untuk lauk yang sedap dan lazat ^______^

Tong ikan dan besen besar untuk letak ikan dan ais demi memelihara kesegaran hasil tangkapan
Buku tiga lima supaya tak terlebih bajet.  Untuk rekod-nanti lepas-2 ni boleh refer harga



Isnin, 26 Julai 2010

Apa ada dengan kampung ko hah??

Aku, enchek suami, dan anak2 memang obsessed dengan kampung,  Pantang ada cuti mesti balik kampung.
Syukur kampung aku dan suami dekat.  Dua2 di utara tanahair.
Ada orang mempertikaikan kenapa korang suka balik kampung ha?
Apa ada kat kampung korang?
Best sangat ke kampung ko?
Bawak2 ler pegi jenjalan tempat lain pulak, tengok2 tempat orang..

Jawapannya senang saje.. kat kampung masih ada ibu2 dan bapa2 kami yang sentiasa menanti kepulang anak cucu untuk mengisi hari2 mereka yang sunyi...

Weekend lepas balik kampung lagi, walaupun baru je balik masa cuti sekolah June hari tu.
Misi utama, tentulah menziarahi org tua, misi kedua, menziarahi pak teh yang sakit di Hospital penang, ketiga, makan rambutan yang sedang menggila2 masak ranum!! Eh! macamla kat Rawang takdek rambutan?? Dan misi keempat, demi mengisi petiais dengan ikan2 segar kuala muda ngeh heh hehh...





 Dah tu, kan aku dah kata misi utama nak balik jenguk mak bapak dan ziarah pak teh?  Rugi ke?
Rambutan beli tak sedap.. :P



Jumaat, 9 Julai 2010

Isk isk apa kena laa depa ni...




Tapi tak semua la rakyat Malaysia kita cam ni .....
Apa laa kenanya derang ni malas sgt tahap gaban nk pegi letak balik mende natam troli tuh??  bukannye kena dokong pon!! tak ke nyusah kan org lain nak tolak troli sendiri menuju destinasi!... cuba tengok betul-betul, macam mana gayanya nak pegi kalo ko paking hujuuung sinun?? dah kena meredah jalan tempat kereta lalu lalang ler jawabya! buatnya hujan, tak hangin satu badan ko?? ..

Tokeh kedai tuh buat walkway tu bukan saja-saja untuk paking troli korang ok!! Uiks ni dah jadi sesi melepas geram pulak... mmmm puas hati aku!

Jadi renung2kan  dan selamat beramaaal ... tiba2 je..    :)

Khamis, 20 Mei 2010

Hobi masa tengah mengandung

Hmm dah lama tak menjahit ni, senjak gave birth to Nadiah 3mths ago.. ni lastest project aku..siapkan diaper stacker untuk dihadiahkan pada sesapa lah .. saja suka2 .. pada tak de buat mende.. nak habis kan baki kain... sebab lepas june nyer school holiday ada projek menjahit mega.. he he.. iaitu, menyiapkan 7 pasang bed sheet.. maklang punyer.. hmm insyaAllah akan ku post kan di sini hasilnye nanti.

Sebenornya menjahit memang bukan termasuk dlm list hobi aku pun seblom ni.. tapi ntohla senjak pregnant Nabilah hobi tu sikit2 dah datang.. dan makin menjadi2 masa pregnant Nadiah .. dan hasilnya seperti di bawah.. benornya bnyk lagi tp sungguhla tidak rajinnya aku utk mengupload gambor2 ... dan semua hasil dibwh telah direalisasikan hanya dengan merujuk kpd mr  google, beribu2 soklan pada mak dan melalui pemerhatian dan firasat sendiri he hee .


Diaper Stacker / T-shirt/ Tudung /apa2 je yg korang nak stack kat dalam tuh..


Bed Sheets


Quilt cover pillow case - baby


                                    

Rabu, 19 Mei 2010

Cawan Kopitiam


Apa ada ngan Cawan kopitiam?...sebenornya ia mengimbau kenangan lagi neh, masa kecik2 darjah 1.. abah ku sayang selalu bawak aku bekfes kat satu kedai kopi kat hometown aku.. jadik bila tgk cawan kopitiam, teringat abah....ada satu hari tu aku pegi rumah makcik, ternampak la cwn dia .. terus aku siasat mana beli neh?
Hah! rupanya beli di kedai kat hometown aku jgak..kitorang panggil kedai doremon.. sebab sumer barang ada kat kedai apek tu.. ko name it je apa bende ko nak, sumer ada..  apa lagi.. terus jadik misi utama bila blk kg ..akhirnya, cwn kopitiam menjadi milikku... classic btol.. jadi bila2 nak mengimbau kenangan silam, aku pun ajak le family aku minum guna cawan kopitiam.. mmm kopi lebeh sedap dengan cawan kopitiam ngeh ngeh.

Khamis, 13 Mei 2010

Apa citer ngan blog?

Phew ni dah minggu ketiga akhirnya dpt ler jgak catch-up ngan dunia pemblogan neh.
Memula nak start tu eiyy mcm susah beno.. tp bila da start n sket2 pick up tu boley la.

Ada jgak ler alternative utk aku meluah kan rasa yg terbuku di dada ngeh ngeh..
even projek blog tudung pon dah buar pertama kalinya dilancarkan keh keh mcm ler gempak benar..

Mmm last weekend (1st May) adalah weekend yg sgt meletihkan.
Ada jemputan kenduri @ Kalumpang, best sedap giler lauk kari daging 
dia peghh! Terbaek!..

Selamat Pengantin baru ya mu'allim (cikgu sek nabil)

Tgh duk mamam tetiba terpandang la satu pokok.. yg menggamit nostalgia ..


Daun pokok ni la yg aku dan adik pompan ku gunakan buat mangkuk masa main masak2 kat belakang umah makngah... terus je meingimbau kenangan silam...


Sunday pegi Felda jengka 17, ziarah mak menakan hubby, jauh jugak rupanya... tak overnite sana pun sebab budak nak sekolah esoknya.. kesian nabil kepenatan .. 

Monday dek kerna dear hubby cuti lagi, so lunch pegi pekena sup tulang kat ADA Batang Kali.. mmm 1st time aku try, w/pun ramai org kata sedap, personal comment, sup dia terlebih masin lah..  tapi kalu makan ngan nasik tu ok la. Tapi .. kitorang makan bukan secara berjemaah, makan asing2. sebab nya baby nadiah melalak bergeme2 kat dlm kedai tuh, dek kerna sgt la mngantuknya dia... So aku tunggu ler dlm keter semetara mr hubby makan ngan nabila...
 pah tu pegi kedai TM nak tukar streamyx a/c ke blockbuster deal .. ala bezanya 10 hengget je pun ngan plan lama.. tapi sebab call ke h/ph 10 sen /min, jadik aku gagahkan jgak ler tukor.. ye la kalu dah gayut tak hengat, 5 sen pun kene kira tuh..








Isnin, 19 April 2010

Nak create blog nak create blog hmmmm

Isk masuk hari ni dah dekat semenggu aku tak dapat siap kan lg blog impian aku neh.. Hasrat nak berblogging dah sgt lah lamanya.. senjak dari aku resign secara resminya dari bank... kalu dari dulu la yakni thn 2006 aku blogging agak2 ada kut seglamer redmummy ngeh ngeh.
Tapi ....

"
"
"
ini lah dia padah dan ganjaranya pd org yg selalu procrastinate hu huuu dari start peknen anak kedua sampaiiii la dah dapat baby baru yg ke3 .. akhirnya impian terlaksana.. maka ini lah dia hasilnya... Alhamdulillah .. baby tak byk ragam... tidoooo jek kejenye sesiang... malam jaga kejap barang 2 ke 3 jam pah tu tidoooo lagi .. ni mesti ikut gen aku .. kaki tido ngeh ngeh... (mak aku kata laaa)
"
"
Dah tu dah create blog, pe lagi lepaih ni? Apa lagi nak bagi dia cun melecun lerrr .. puas aku blogwalking (he he ni word ni dpt dari blog org ek!) sampai nek buntang mata, migrain tak jgek pandai.. oleh itu kpd sesapa yg dah terel blogging, harap beri tunjuk hajor ye ;) okeh nak pi tanya Enchek Youtube jap cara bgmana nak tukor template...