Sabtu, 25 April 2015

Bila Ujian Allah tiba

Saya rasa semua dari kita yang namanya manusia akan diuji Allah.Mungkin selalu yang kecil. Sekali-sekala datang yang besar. Begitulah selagi kita masih benafas.

Tips hadapi ujian - cara saya.

1. Sabar dan Solat. mantapkan hubungan dengan Allah.  Pasakkan dalam minda kuat-kuat yang Allah yang ciptakan kita.  Allah yang ciptakan sekalian makhluk. Allah yang mentadbir langit dan bumi.  Allah yang memegang segala makhluk. Sungguh Allah takkkan pernah sia-siakan kita!

2. Minta minta minta pada Allah dalam doa tiap masa. Minta apa saja. Mengadu apa saja. Apa sahaja untuk ringankan perasaan terbeban itu.  Percayalah disaat kita diuji tu, kita akan dapat rasakan Allah sangat dekat dengan kita. Waktu ni, rasa sangat manis berdoa.

3.  Percaya yang Allah akan makbulakan doa kita. Kan Allah dah berjanji seperti;

Firman Allah,

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah (mintalah) kepadaku, niscaya aku kabulkan untukmu”. (QS. Al-Mukmin :60

Kata Ustaz Amin.  Kan Allah sudah berjanji di dalam al-Quran. 



Saya selalu pegang kata ustaz Abdullah al-Amin yang Allah  makbulkan doa kita dalam 3 bentuk.

✔ Kita minta A Allah beri A terus.

✔ Kita minta A Allah beri B sebab apa? Sebab Allah Maha Mengetahui yang B itu lebih baik untuk kita

✔ Kita minta A Allah beri C. Sebab C itulah  jalan untuk dapatkan A tadi.

4. Kalau terpaksa tinggal sensorang, jangan duk layan perasaan sedih. Dengar ceramah agama ustaz ustazah terpilih banyak boleh dapat di youtube. Kat tv9 Tanyalah Ustaz.

5. Baca quran dan terjemahan. Didalamnya terungkap cerita  yang sungguh menakjubkan dan menginsafkan.

6. Sedekah selalu. Sedekah menolak bala. Memanjangkan umur.

7. Fikir positif selalu.

8. Ketawa atau senyum selalu.

Ketika diuji kita seolah berada dalam satu dewan peperiksaan.  Yang mana kita akan diberi evaluation oleh Allah samada kita lulus atau gagal  diakhir ujian tersebut.

Semoga apa jua soalan ujian kita, kita akan dapat "menjawab" dengan baik dan mendapat markah lulus cemerlang!



Khamis, 23 April 2015

Acute Retina Necrosis



Tak pernah terbayang saya akan kena penyakit ni.

Ini lah yang dinamakan ujian dari Allah. Sebenarnya kan.. dah banyak kali sangat saya cuba nak buat entry ni. Tapi tiap kali tu lah jugak otak jem. Tak tau nak mula kat mana.

Memang ujian kali ni adalah ujian yang paling besar dalam hidup saya sepanjang 40 tahun diizinkan Allah untuk bernafas.

Ujian kali ini jugalah yang memberikan saya satu turning point dalam hidup sebagai hamba kepada Allah.. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dalam ujian ini lah saya melihat dan merasai kebesaran Allah.

Benar janji Allah dalam surahAl-Baqarah : 286


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Memang pada fasa pertama saya hilang nikmat melihat sebelah mata, susah betul nak terima.

Selalu duk soal jahat sangat ke aku ni sampai Allah uji macam ni.

Tapi Alhamdulillah saya ada suami dan anak-anak, ibu-ibu dan adik abang yang sentiasa disisi. Mereka inilah yang banyak memberi kekuatan untuk terus bangkit dari ujian.

Bukan senang juga saya nak sesuaikan diri dengan keadaan baru ni. Ye lah dulu masa dua-dua mata terang elok, senang nak merempit ke hulu ke hilir dengan segala macam tanggungjawab.. Dari jadi macik bas sekolah hangkut kenit-kenit dua orang balik sekolah, dua minggu sekali tawaf Serendah→Behrang→Bukit Beruntung→Serendah jemput abam long Nabil balik asrama.

Pegi pasor tesco balik masak kalau tak keluar jumpa client.

Peh tu keluar keje jumpa client merata sejauh Seremban.

Hii macam-macamlah. Semua tu kena guna mata.

Tu belum lagi nak kena guna komputer, calculator nak telek client punya investment portfolio.

Nak buat online exam la pegi training lah.. nak menjahit la. Nak baca buku kegemaran lah. nak FB IG Wasap Telegram.

Hishh banyak betul semua kena guna mata.  Ofkos la stress bila mata tak nampak satu.. stress dia hanya Allah dan aku dan orang-orang yang mengalaminya saja yang tahu.

Ok dah dah. Sudah cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Sekarang dah setahun 2 bulan .. and counting, duk tunggu bila lah nak sembuh cik mata ni.  Sekarang saya dah nekad. Pelan-pelan dah mula balik keje. Hobi menjahit. Tak bleh tahan oooii. Lama benar berehat.

Tapi tapi tapi sayabyakin Allah ujian ni memang sesuai dengan kemampuan saya. Allah tahu Maha Tahu yang saya ni mampu untuk hadap semua ni.

Dalam kesusahan tu Allah bagi saya layanan VIP. Dapat jumpa Prof Muhaya in person. Sebab dia doktor saya hihi.

Dapat doktor-doktor yang ohsem yang Prof. Muhaya rekemen. Dapat masuk fast lane. Tak yah tunggu lama kat hospital.

Merasa saya duduk cuti 10 hari makan tido sedap-sedap kat Prince Court Medical Center.

Yang paling best sekali.. dapat kemanisan berdoa dan rasa sangat dekat dengan Allah..  Manisnya saat tu. Semoga ya Allah aku terus berada dalam perhatian Mu..aamiin.

Okeh apa tu acute retina necrosis?  Ni satu penyakit mata. Mata diserang virus. Virus ni serang bahagian retina aku.

Ia boleh menyebabkan buta kalau tak di rawat dengan ubat anti viral.

Dan ia juga telah menyebabkan retina saya lekang dan merasa la jadi buta untuk beberapa jam sebab retina yang lekang tu.

Tapi alhamdulillah ada rawatan untuk retina lekang. Iaitu melalui pembedahan.

Merasa la saya kena tebuk mata 3 kali..

Last stage mata akan develop katarak. Ni pun boleh di buat pembedahan.

Hasilnya, setelah 3 kali pembedahan mata masih sangat kabur. Tapi doktor kata mata ni akan recover cumanya kena bagi masa lah kat dia.

Setakat ni saya dah tak nak manja-manjakan diri.  Saya dah start merempit macam biasa meneruskan hidup macam sebelum-sebelum ni.

Mata ni biar lah. Saya yakin Allah akan sembuhkan.  Segala usaha dah dibuat. Yang sembuhkan saya cuma Dia. Allah yang SATU.

Simptom yang saya alami,

1. Mata putih tu merah sikit je. Tak berapa perasan sangat.

2. Keluar flotus- ada benda hitam dalam pandangan mata tu. Bila gerak mata dia ikut sekali. dan dia tak hilang-hilang.

3. Sakit dalam kepala yang sangat-sangat

4. Mata kabur. Pakai spek power pun tak boleh dah. Tak nampak dah tulisan ke objek ke. Seolah macam korang melihat dalam kabus atau jerebu tebal.

Syukurlah mata ada lagi satu.  Semoga semuanya baik-baik. InsyaAllah. Aamiin.

InsyaAllah nanti saya share tips untuk atasi rasa sedih, senak, susah nak terima takdir akan ujian Allah, cara saya.

Meh nak belanja gambar sikit.









Khamis, 5 September 2013

Al- Ma'thurat

Al- Ma'thurat merupakan wirid dan zikir doa dari Rasulullah s.a.w yang boleh kita amalkan di setiap kesempatan terutamanya selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib.

Kelebihan mengamalkan Al-Ma'thurat


  • Terpelihara dari gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya
  • Terpelihara daripada bahaya perkara yang tidak diingini
  • Segera mendapat apa yang dicita-citakan
  • Pahala seperti mebaca sebahagian besar Al-Quran
  • Keperluan kita dicukupkan oleh Allah
  • Layak mendapat SYAFAAT di hari kiamat
  • Sering mendapat kelebihan tersendiri
  • Memberi ketenangan dalam jiwa
  • Mendapat ganjaran dari Allah SWT
  • Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara
Buku Al-Ma'thurat ini bersaiz super kecil, boleh diselit dalam poket untuk dibawa ke mana sahaja.
Buku kecil ini diterbitkan oleh TelagaBiru dan boleh dibeli dikebanyakan kedai-kedai buku seluruh Malaysia



Sabtu, 11 Mei 2013

Prudential Training Academy Ampang

Prudential Training Academy ni lokasi dia kat Ukay Perdana.  Korang boleh ler google cari tempat ni.  Senang sangat nak cari. Guna MRR2

Training kat sini best sebab 
1) Parking Free
2) Free 4 kali makan- senang jimat masa tak payah pegi cari tempat makan
3) Selesa

Noh!! layan ler gambaq pro akak ni yer ;)

 
Main Entrance

 




Demam Pilihanraya

Erk baru la dapat nak menghapdet blog akak nih. Streamyx line aku down dari hari jumaat sampai ler hari ni setelah 7 hari ngam ngam baru nak up. Tu pun setelah 8 kali buat call kat tm careline. Naik darah aku dibuatnya!

Ok ok walaupun demam pilihanraya dah hampir reda, tapi aku nak gak cerita.  Tahun ni aku pegi beratur seawal jam 8.10 pagi.  Hangkut segala bala tentera.  Nadiah yang tak mandi pun tumpang beratur sekali. Tau kenapa aku pi awai?

tuu Nadiah tgh menguap lagi. Gigih kan
Ni bukan kat rumah aku tapi kat kelantan kampung geng gagak itam aku

Ha! ada 2 sebab. 1) aku nak gunakan kederat aku walaupun kecik, untuk membela negara aku yang sangat aku sayang ni, sebab aku dah tak dak negara lain lagi dah.  (semoga usaha aku yang sedikit ni dinilai Allah dan Allah beri pahala insyaAllah)

Ehh cehh cehh #murni nnyehhh#

2) GE kali ni aku berebut pi awal sebab tak rela nama aku diporak perandakan oleh sang pengundi hantu yang suka ati je nak tolong pangkah kan untuk aku macam masa GE 2008 dulu.  Bila mana orang SPR tu kata "nama you dah kena potong neh.  You dah datang undi". 
 Kepala hangguk ko! kalo aku dah datang pekejadahnya aku nak datang lagi! ko cakap pakai sedap mulut je! (mind the language ek akak memang emo bila bercerita bab ni)  Aku punya lah hangin satu badan! Chaiss!! sapa lah yang punya keja pi jadi HANTU RAYA aku ni! memang masa tu rasa macam nak maki hamun kat situ tau! Marah betol akak!

 Serius aku rasa hak aku sebagai warganegara dah dicabul!  Sampai la pun kalau ingat balik mendidih hati! Dan hari tu hasrat aku nak ngundi berakhir di balai polis

Eh! bukan aku kena tangkap sebab mengamuk kat situ yer. Pi buat report polis daa.  Dan sampai la ni setelah lima tahun berlalu, report sekadar tinggal report.  Tak dak sapa pun nak hambik kisah hapdet aku status report tu!

Beginilah cerita seorang warganegara Malaysia yang telah dinafikan haknya pada GE 2008 dulu. Dan aku ada baca status FB kawan aku pun kena macam aku tahun ni. Kawan, aku paham perasaan kau!

Sebagai warganegara yang berakal fikiran yang waras kita perlulah membaca, mencari, buat homework, (jangan asik nak taksub terima bulat-bulat tadah telinga tengok berita TV dan Radio Kebangsaan) kemudian nilai siapakah yang lebih berhak mentadbir negara kita yang sangat kita cintai ni.. 

Saya Sayang Malaysia dan saya sayang semua kawan-kawan saya, malayu, cina, india, cindia, benggali, sabahan, sarawakian. After all kita kan Malaysian :)

Walaupun tak merasa harga kereta turun, petrol turun, pendidikan percuma, tol di hapuskan, saya terpaksa hadapi dan duduk di Malaysia.. Lepas ni kena pulun la cari duit banyak-banyak dengan izin Allah, Allah beri rezeki melimpah ruah demi kelangsungan hidup sebagai RAKYAT MARHAEN


Hiway hala ke selatan ( ni kat area exit Rawang) sesak tuuu

Lepas setel laksankan hak sebagai WARGANEGARA, maka kami pun berjimba-jimbalah ke sini.


Ada orang nak tengok Iron Man- ikutkan je lah
Yang lelaki bebadan sasa pi tengok Iron Man, yang pompan berbadan kenit melompat di sini dan yang emak berbadan lagi sasa - sedang menahan kelaparan tunggu lagi sejam movie nak abeh.  Simpan perut jap gi nak belasah sandwich Subway yummehh!
 





Khamis, 2 Mei 2013

Public Mutual Training Center SS2 Mall

Mula mula nak pegi training centre kat SS2 ni jenuh aku google kot-kot la ada sesapa yang pernah buat entry pasal ni.. tapi tak jumpa.

So kasi share lor kat sini, mungkin dapat beri manfaat..

Location SS2 Mall ni betul-betul dalam housing settlement.  Cara nak pegi sini korang google okeh.

Layan je lah gambar-gambar pro yang aku ambik random ni

Aku bayangkan bangunan dia tinggi rupanya ni je hah! Dari jauh tak kan nampak pun. Sila abaikan windscreen keter akak yang berkerak tu eh!

Aku suka park level 2 nih sebab senang -ada sign Public Mutual kat enterance dan dekat dengan auto pay machine jugak
Lengang kenn.!! memang tak ramai orang pun.  Kedai pun tak banyak yang bukak lagi
Tuuu training room tu, located at 2nd floor.. Boleh naik lif atau escalator


Surau ada kat ground floor.  Tapi toilet dan surau jauh.. jadi korang kena pandai-pandai lah plan dulu sebelum pegi surau (sebab aku, memang kena pegi tolilet dulu sebelum solat untuk menyucikan diri muahahha)

Overall,
Parking- sangat ample.  Banyak gila parking space kat tingkat 2 tu..
Parking rate tak sure berapa hengget sejam tapi aku park dari  9.50 -5.30 RM8
Aku notice setiap level ada security guard jaga.. jadi nampaknya macam selamat la tempat tu.. dan parking dia terang benderang

Tips:

Walaupun training tu start pukul 10 dan sepatutnya habis kul 6, jangan takut.  Setakat ni dah dua training aku attend kat sini, kedua-duanya balik awal @5.30

Makan agak susah kat sini nak cari nasik (tekak melayu) ada satu cafe makanan east coast Belanga.. sini je aku makan. Jadi untuk lebih pilihan orang boleh siap-siap tapau food kegemaran korang. Oh menurut info kawan sekelas, ada kedai roti kat bawah tu.  Mungkin bole makan roti dulu kot sebab pukul 4 ada tea break lagi (free)

Kat bawah tu ada convenient store, dan pharmacy jugak.. (tak sempat amek gambor)

Ada ATM Machine cap RHB bank satu ni je yang aku terserempak..kat pintu keluar ke Belanga Cafe..

Tu jelah..   



Jumaat, 26 April 2013

Blogging Live from Tan Chong Service Center Batu Caves

Tika dan saat ini, aku berada di dalam bangunan Tan Chong Serivce Center Batu Caves.  Kejong wehh aku nak tunggu sampai LIMA jam kat sini!


Ni pertama kali aku servis keta kat sini.  Selalunya kat Jalan Ipoh.  Sini not bad rupanya! Tempat besar lapang bukan mcm kat Jln Ipoh di mana apabila ko duduk lutut akan bertemu meja! 

Tenet line superb! super fast! sebaik akak bawak laptop okeh! memang mabeles la! sampai kan akak nak terkucil pun akak bawak natam lappy akak ni masuk toilet! Korang mampu? hihi




Sebab tak de orang nak tolong jaga beliau jadi saya bawa beliau bersama-sama!


Tapi tak boleh menandingi service center Bukit Mertajam.  Dorang siap hanto korang pegi shopping kat Jusco BM depan tu! Jadik tak lah korang keboringan dan kelaparan macam aku sekarang!

Sebab sini nak keluar memang impossible, jauh gila nak menapak, teksi tak de, dan tempat makan pun tak de.  Kecuali ada orang datang selamatkan korang!.  Selalu dulu masa bff aku Linda ada dia la yang selalu jadik mangsa dera aku.  Hukum paksa aku suh dia datang kutip aku pah tu bawak aku jejalan.  Tapi la ni dia dah pindah ke Kelantan nun maka aku pasrah lah dengan keadaan ini..


Tgh sedap-sedap layan stretching tetiba plup! spek aku tercabut lense! hadoi makk! penik jap! cam ner nak drive balik ni! cari-cari skru tak jumpa.  Tarik napas releks bawa bertenang, alhamdulillah... jumpa pun.. 





dan mujur aku bawak skru dreba kecik  nih




Tak sia-sia usaha aku hangkut beg doremon aku tadi. (dalam tu macam-macam ada)  Hati dah berdetik suh tinggal kat umah dah tadi. Alhamdulillah Allah selamatkan aku.. Kalau tak boleh bayangkan cam ner nak balik? 


Jawapnya nangess dulu kat sini! pah tu tipon encek somi la rescue!



SO Tips untuk sepekis, sila bawa screw dreba tu kemana-mana yer! atau pun paling tidak kena spare daily disposable lense sepasang dalam beg korang kemana saja sebab kita tak tau bila kita akan perlukan beliau!  hihi!

 

Sebab itu lah aku ni tak leh travel light! semua barang nak sumbat dlm beg.  Sudahnya dalam beg ada beg, dan selalunya aku akan ada 3 bag bersama-sama aku.  1) beg sling 2) beg keje - document bag 3) beg laptop.  Kronik tak? 


hehe tetiba entry pasal service centre larik tajuk! larriiiikkkk!!!


Now perut lapar sudah! toleh ke balang biskot! alamakkkk!! biskut habesss!!!!
(kat sini dorang sediakan biskut free)

 Kebetulan ada akak tgh menyapu kat sini, aku dengan muke tak malu tanya dia "akak biskut dah habes.. saya laparrr"-sambil aku sengih macam kerang busuk hihi! dan akak tu pun senyum kat ada dia kata "nanti aa nanti ada ada"Bila dia bawak biskut keluar orang pertama dia panggil adalah aku ok! Senyum-senyum dia kat aku. Baik akak tu (dia keturunan india).. Lepas aku amek aku cakap thank you berkali-kali dan masa aku duduk, ramai rupanya tengah tunggu nak makan biskut tu. :)


 


 

Gembirakan hati orang disekeliling anda kalau anda nak gembira

Semalam dengar kat motivasi pagi IKIM ustazah Laila Aniza kata, cuba buat orang disekeliling kita gembira, nanti Allah akan gembirakan kita. 

Ustazah cerita dia pernah bayarkan tol RM2 kat kereta belakang.. dan dia mendapat satu perasaan yang paling bahagia yang tak terucap dengan kata-kata..

Hari ni aku nak cuba- Setelah semua kawan yang aku ajak nak bekfes sekali tak available (Dorang keje kat CIMB Rawang selang beberapa lot kedai ngan Durbar) , maka aku pun pegi la sorang-sorang bekfes kat Durbar tu.. Dalam hati kata mmmm melepaslah (pahala) tak dapat belanja org makan..

Tengah aku menikmati cepati (bak kata Nadia) tetiba dua wanita kelihatan tengah mencari-cari tempat duduk.. Malangnya semua nya penuh.. Maka aku pun offer le dorang duduk semeja dengan aku.

Borak-borak dan berkenal-kenalan bertukar-tukar nombor telefon.. Last masa nak bayar tu aku bayar kan dorang punya sekali.. Lepas bayar aku salam terus belah.. Tak pulak aku bg tau dorang yang aku dah bayarkan..

Masuk dalam kereta lama la jugak baru dorang keluar.. aku suspek mamak durbar tu pi kira lagi sekali (jadi dua kali bayarla nih) aisehhh kecewanya aku... Muhasabah diri jugak aku dalam kereta dimana silapnya...Tapi tak pe masih boleh cuba lagi..

Sebab hari ni dua-dua appointment aku pagi petang kena cancel ngan client sebab dorang ada emergency, aku terus pegi tesco Rawang- nak tukar tudung yang baru beli tapi rasa cam tak sesuai..

Pegi la kat kiosk tudung yang dijaga oleh cik su (biasalah akak kan peramah baru jumpa sekali dah macam kawan lama) borak-borak jap ngan adik tu, pah tu pegi Watson perabih duit, teringat nak belikan Su sesuatu- nampak laa cekelat nih,



Masa nak balik tu aku lalu kat kiosk tudung su aku pun bagi la dia cekelat ni... Walaupun 3 ketul je tapi aku suka tengok dia suka!

Dan aku siap-siap beli ni banyak-banyak



Masa jemput kesayangans aku pun bagi la kat dorang.. Ce teka sapa yang paling gembira berseri-seri muka?

yerr tak lain tak bukan Nadiah!!

video
hihi layannn Gwiyomi nadiah ni yer




Isnin, 22 April 2013

Ronda-ronda Batang Kali


Semalam dah puas top up energy setelah bertungkus lumus tgk bebudak ni bersukan, hari ni ahad pagi-pagi dah keluar cari bekfes.

Destinasi seterusnya ialah, ops me-recce pasar pagi Batang Kali.


Macam pasar tani


banyak sayur-sayur kampung ada kat sini.





ada jual macam-macam makanan
Pasar Pagi ni dibuka seawal 7 pagi  hingga lah pukul 11.30 pagi.  Hasil tangkapan aku untuk pagi ni cumalah bunga kantan, kangkung kampung, kopi kampung yang dikisar di tempat kejadian, pisang mas dan nangka.  Total perbelanjaan RM15.00.  WoW!! Jimat kan?


Destinasi seterusnya Kolam Air Panas Hulu Tamu.  Dekat je dgn pekan Batang Kali



Daun Gergasi


Ada wakaf, sesuai la untuk berkelah



Ni kolam yang paling sejuk.  Tak pulak aku rasa air dia sebab kolam hari ni kotor lar.. Ada satu lagi kolam yang sama mcm ni kat sebelah kiri. Air agak panas sesuai la nak rendam kaki



Tu bangunan yang sayuup kat belakang tu adalah toilet dan tempat salin baju.  Ada gerai jual makanan dan minuman juga.
Gambar ni aku cilok dari web MDHS. Lupa lah pulak nak amek gambar tempat keluar nya mata air panas ni..

Masuk percuma.  Persekitaran bersih dan redup.  Cuma kolam tu je lah yang kotor.. Toilet dan tempat salin baju, boleh lah.

Pesanan khidmat masyarakat

Jangan lupa bawak baldi dan gayung supaya korang boleh takungkan air dlm badli tu dan mandi ala-ala macam dalam bilik air kat rumah korang atau besen kecik untuk korang rendam kaki kut la geli nak nak gi rendam kat kolam besor tu .. dan towel kecik supaya korang boleh celup towel tu dalam air panas, perah dan letak kat mana-mana korang suka :D