Khamis, 5 September 2013

Al- Ma'thurat

Al- Ma'thurat merupakan wirid dan zikir doa dari Rasulullah s.a.w yang boleh kita amalkan di setiap kesempatan terutamanya selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib.

Kelebihan mengamalkan Al-Ma'thurat


  • Terpelihara dari gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya
  • Terpelihara daripada bahaya perkara yang tidak diingini
  • Segera mendapat apa yang dicita-citakan
  • Pahala seperti mebaca sebahagian besar Al-Quran
  • Keperluan kita dicukupkan oleh Allah
  • Layak mendapat SYAFAAT di hari kiamat
  • Sering mendapat kelebihan tersendiri
  • Memberi ketenangan dalam jiwa
  • Mendapat ganjaran dari Allah SWT
  • Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara
Buku Al-Ma'thurat ini bersaiz super kecil, boleh diselit dalam poket untuk dibawa ke mana sahaja.
Buku kecil ini diterbitkan oleh TelagaBiru dan boleh dibeli dikebanyakan kedai-kedai buku seluruh Malaysia



Sabtu, 11 Mei 2013

Prudential Training Academy Ampang

Prudential Training Academy ni lokasi dia kat Ukay Perdana.  Korang boleh ler google cari tempat ni.  Senang sangat nak cari. Guna MRR2

Training kat sini best sebab 
1) Parking Free
2) Free 4 kali makan- senang jimat masa tak payah pegi cari tempat makan
3) Selesa

Noh!! layan ler gambaq pro akak ni yer ;)

 
Main Entrance

 




Demam Pilihanraya

Erk baru la dapat nak menghapdet blog akak nih. Streamyx line aku down dari hari jumaat sampai ler hari ni setelah 7 hari ngam ngam baru nak up. Tu pun setelah 8 kali buat call kat tm careline. Naik darah aku dibuatnya!

Ok ok walaupun demam pilihanraya dah hampir reda, tapi aku nak gak cerita.  Tahun ni aku pegi beratur seawal jam 8.10 pagi.  Hangkut segala bala tentera.  Nadiah yang tak mandi pun tumpang beratur sekali. Tau kenapa aku pi awai?

tuu Nadiah tgh menguap lagi. Gigih kan
Ni bukan kat rumah aku tapi kat kelantan kampung geng gagak itam aku

Ha! ada 2 sebab. 1) aku nak gunakan kederat aku walaupun kecik, untuk membela negara aku yang sangat aku sayang ni, sebab aku dah tak dak negara lain lagi dah.  (semoga usaha aku yang sedikit ni dinilai Allah dan Allah beri pahala insyaAllah)

Ehh cehh cehh #murni nnyehhh#

2) GE kali ni aku berebut pi awal sebab tak rela nama aku diporak perandakan oleh sang pengundi hantu yang suka ati je nak tolong pangkah kan untuk aku macam masa GE 2008 dulu.  Bila mana orang SPR tu kata "nama you dah kena potong neh.  You dah datang undi". 
 Kepala hangguk ko! kalo aku dah datang pekejadahnya aku nak datang lagi! ko cakap pakai sedap mulut je! (mind the language ek akak memang emo bila bercerita bab ni)  Aku punya lah hangin satu badan! Chaiss!! sapa lah yang punya keja pi jadi HANTU RAYA aku ni! memang masa tu rasa macam nak maki hamun kat situ tau! Marah betol akak!

 Serius aku rasa hak aku sebagai warganegara dah dicabul!  Sampai la pun kalau ingat balik mendidih hati! Dan hari tu hasrat aku nak ngundi berakhir di balai polis

Eh! bukan aku kena tangkap sebab mengamuk kat situ yer. Pi buat report polis daa.  Dan sampai la ni setelah lima tahun berlalu, report sekadar tinggal report.  Tak dak sapa pun nak hambik kisah hapdet aku status report tu!

Beginilah cerita seorang warganegara Malaysia yang telah dinafikan haknya pada GE 2008 dulu. Dan aku ada baca status FB kawan aku pun kena macam aku tahun ni. Kawan, aku paham perasaan kau!

Sebagai warganegara yang berakal fikiran yang waras kita perlulah membaca, mencari, buat homework, (jangan asik nak taksub terima bulat-bulat tadah telinga tengok berita TV dan Radio Kebangsaan) kemudian nilai siapakah yang lebih berhak mentadbir negara kita yang sangat kita cintai ni.. 

Saya Sayang Malaysia dan saya sayang semua kawan-kawan saya, malayu, cina, india, cindia, benggali, sabahan, sarawakian. After all kita kan Malaysian :)

Walaupun tak merasa harga kereta turun, petrol turun, pendidikan percuma, tol di hapuskan, saya terpaksa hadapi dan duduk di Malaysia.. Lepas ni kena pulun la cari duit banyak-banyak dengan izin Allah, Allah beri rezeki melimpah ruah demi kelangsungan hidup sebagai RAKYAT MARHAEN


Hiway hala ke selatan ( ni kat area exit Rawang) sesak tuuu

Lepas setel laksankan hak sebagai WARGANEGARA, maka kami pun berjimba-jimbalah ke sini.


Ada orang nak tengok Iron Man- ikutkan je lah
Yang lelaki bebadan sasa pi tengok Iron Man, yang pompan berbadan kenit melompat di sini dan yang emak berbadan lagi sasa - sedang menahan kelaparan tunggu lagi sejam movie nak abeh.  Simpan perut jap gi nak belasah sandwich Subway yummehh!
 





Khamis, 2 Mei 2013

Public Mutual Training Center SS2 Mall

Mula mula nak pegi training centre kat SS2 ni jenuh aku google kot-kot la ada sesapa yang pernah buat entry pasal ni.. tapi tak jumpa.

So kasi share lor kat sini, mungkin dapat beri manfaat..

Location SS2 Mall ni betul-betul dalam housing settlement.  Cara nak pegi sini korang google okeh.

Layan je lah gambar-gambar pro yang aku ambik random ni

Aku bayangkan bangunan dia tinggi rupanya ni je hah! Dari jauh tak kan nampak pun. Sila abaikan windscreen keter akak yang berkerak tu eh!

Aku suka park level 2 nih sebab senang -ada sign Public Mutual kat enterance dan dekat dengan auto pay machine jugak
Lengang kenn.!! memang tak ramai orang pun.  Kedai pun tak banyak yang bukak lagi
Tuuu training room tu, located at 2nd floor.. Boleh naik lif atau escalator


Surau ada kat ground floor.  Tapi toilet dan surau jauh.. jadi korang kena pandai-pandai lah plan dulu sebelum pegi surau (sebab aku, memang kena pegi tolilet dulu sebelum solat untuk menyucikan diri muahahha)

Overall,
Parking- sangat ample.  Banyak gila parking space kat tingkat 2 tu..
Parking rate tak sure berapa hengget sejam tapi aku park dari  9.50 -5.30 RM8
Aku notice setiap level ada security guard jaga.. jadi nampaknya macam selamat la tempat tu.. dan parking dia terang benderang

Tips:

Walaupun training tu start pukul 10 dan sepatutnya habis kul 6, jangan takut.  Setakat ni dah dua training aku attend kat sini, kedua-duanya balik awal @5.30

Makan agak susah kat sini nak cari nasik (tekak melayu) ada satu cafe makanan east coast Belanga.. sini je aku makan. Jadi untuk lebih pilihan orang boleh siap-siap tapau food kegemaran korang. Oh menurut info kawan sekelas, ada kedai roti kat bawah tu.  Mungkin bole makan roti dulu kot sebab pukul 4 ada tea break lagi (free)

Kat bawah tu ada convenient store, dan pharmacy jugak.. (tak sempat amek gambor)

Ada ATM Machine cap RHB bank satu ni je yang aku terserempak..kat pintu keluar ke Belanga Cafe..

Tu jelah..   



Jumaat, 26 April 2013

Blogging Live from Tan Chong Service Center Batu Caves

Tika dan saat ini, aku berada di dalam bangunan Tan Chong Serivce Center Batu Caves.  Kejong wehh aku nak tunggu sampai LIMA jam kat sini!


Ni pertama kali aku servis keta kat sini.  Selalunya kat Jalan Ipoh.  Sini not bad rupanya! Tempat besar lapang bukan mcm kat Jln Ipoh di mana apabila ko duduk lutut akan bertemu meja! 

Tenet line superb! super fast! sebaik akak bawak laptop okeh! memang mabeles la! sampai kan akak nak terkucil pun akak bawak natam lappy akak ni masuk toilet! Korang mampu? hihi




Sebab tak de orang nak tolong jaga beliau jadi saya bawa beliau bersama-sama!


Tapi tak boleh menandingi service center Bukit Mertajam.  Dorang siap hanto korang pegi shopping kat Jusco BM depan tu! Jadik tak lah korang keboringan dan kelaparan macam aku sekarang!

Sebab sini nak keluar memang impossible, jauh gila nak menapak, teksi tak de, dan tempat makan pun tak de.  Kecuali ada orang datang selamatkan korang!.  Selalu dulu masa bff aku Linda ada dia la yang selalu jadik mangsa dera aku.  Hukum paksa aku suh dia datang kutip aku pah tu bawak aku jejalan.  Tapi la ni dia dah pindah ke Kelantan nun maka aku pasrah lah dengan keadaan ini..


Tgh sedap-sedap layan stretching tetiba plup! spek aku tercabut lense! hadoi makk! penik jap! cam ner nak drive balik ni! cari-cari skru tak jumpa.  Tarik napas releks bawa bertenang, alhamdulillah... jumpa pun.. 





dan mujur aku bawak skru dreba kecik  nih




Tak sia-sia usaha aku hangkut beg doremon aku tadi. (dalam tu macam-macam ada)  Hati dah berdetik suh tinggal kat umah dah tadi. Alhamdulillah Allah selamatkan aku.. Kalau tak boleh bayangkan cam ner nak balik? 


Jawapnya nangess dulu kat sini! pah tu tipon encek somi la rescue!



SO Tips untuk sepekis, sila bawa screw dreba tu kemana-mana yer! atau pun paling tidak kena spare daily disposable lense sepasang dalam beg korang kemana saja sebab kita tak tau bila kita akan perlukan beliau!  hihi!

 

Sebab itu lah aku ni tak leh travel light! semua barang nak sumbat dlm beg.  Sudahnya dalam beg ada beg, dan selalunya aku akan ada 3 bag bersama-sama aku.  1) beg sling 2) beg keje - document bag 3) beg laptop.  Kronik tak? 


hehe tetiba entry pasal service centre larik tajuk! larriiiikkkk!!!


Now perut lapar sudah! toleh ke balang biskot! alamakkkk!! biskut habesss!!!!
(kat sini dorang sediakan biskut free)

 Kebetulan ada akak tgh menyapu kat sini, aku dengan muke tak malu tanya dia "akak biskut dah habes.. saya laparrr"-sambil aku sengih macam kerang busuk hihi! dan akak tu pun senyum kat ada dia kata "nanti aa nanti ada ada"Bila dia bawak biskut keluar orang pertama dia panggil adalah aku ok! Senyum-senyum dia kat aku. Baik akak tu (dia keturunan india).. Lepas aku amek aku cakap thank you berkali-kali dan masa aku duduk, ramai rupanya tengah tunggu nak makan biskut tu. :)


 


 

Gembirakan hati orang disekeliling anda kalau anda nak gembira

Semalam dengar kat motivasi pagi IKIM ustazah Laila Aniza kata, cuba buat orang disekeliling kita gembira, nanti Allah akan gembirakan kita. 

Ustazah cerita dia pernah bayarkan tol RM2 kat kereta belakang.. dan dia mendapat satu perasaan yang paling bahagia yang tak terucap dengan kata-kata..

Hari ni aku nak cuba- Setelah semua kawan yang aku ajak nak bekfes sekali tak available (Dorang keje kat CIMB Rawang selang beberapa lot kedai ngan Durbar) , maka aku pun pegi la sorang-sorang bekfes kat Durbar tu.. Dalam hati kata mmmm melepaslah (pahala) tak dapat belanja org makan..

Tengah aku menikmati cepati (bak kata Nadia) tetiba dua wanita kelihatan tengah mencari-cari tempat duduk.. Malangnya semua nya penuh.. Maka aku pun offer le dorang duduk semeja dengan aku.

Borak-borak dan berkenal-kenalan bertukar-tukar nombor telefon.. Last masa nak bayar tu aku bayar kan dorang punya sekali.. Lepas bayar aku salam terus belah.. Tak pulak aku bg tau dorang yang aku dah bayarkan..

Masuk dalam kereta lama la jugak baru dorang keluar.. aku suspek mamak durbar tu pi kira lagi sekali (jadi dua kali bayarla nih) aisehhh kecewanya aku... Muhasabah diri jugak aku dalam kereta dimana silapnya...Tapi tak pe masih boleh cuba lagi..

Sebab hari ni dua-dua appointment aku pagi petang kena cancel ngan client sebab dorang ada emergency, aku terus pegi tesco Rawang- nak tukar tudung yang baru beli tapi rasa cam tak sesuai..

Pegi la kat kiosk tudung yang dijaga oleh cik su (biasalah akak kan peramah baru jumpa sekali dah macam kawan lama) borak-borak jap ngan adik tu, pah tu pegi Watson perabih duit, teringat nak belikan Su sesuatu- nampak laa cekelat nih,



Masa nak balik tu aku lalu kat kiosk tudung su aku pun bagi la dia cekelat ni... Walaupun 3 ketul je tapi aku suka tengok dia suka!

Dan aku siap-siap beli ni banyak-banyak



Masa jemput kesayangans aku pun bagi la kat dorang.. Ce teka sapa yang paling gembira berseri-seri muka?

yerr tak lain tak bukan Nadiah!!

hihi layannn Gwiyomi nadiah ni yer




Isnin, 22 April 2013

Ronda-ronda Batang Kali


Semalam dah puas top up energy setelah bertungkus lumus tgk bebudak ni bersukan, hari ni ahad pagi-pagi dah keluar cari bekfes.

Destinasi seterusnya ialah, ops me-recce pasar pagi Batang Kali.


Macam pasar tani


banyak sayur-sayur kampung ada kat sini.





ada jual macam-macam makanan
Pasar Pagi ni dibuka seawal 7 pagi  hingga lah pukul 11.30 pagi.  Hasil tangkapan aku untuk pagi ni cumalah bunga kantan, kangkung kampung, kopi kampung yang dikisar di tempat kejadian, pisang mas dan nangka.  Total perbelanjaan RM15.00.  WoW!! Jimat kan?


Destinasi seterusnya Kolam Air Panas Hulu Tamu.  Dekat je dgn pekan Batang Kali



Daun Gergasi


Ada wakaf, sesuai la untuk berkelah



Ni kolam yang paling sejuk.  Tak pulak aku rasa air dia sebab kolam hari ni kotor lar.. Ada satu lagi kolam yang sama mcm ni kat sebelah kiri. Air agak panas sesuai la nak rendam kaki



Tu bangunan yang sayuup kat belakang tu adalah toilet dan tempat salin baju.  Ada gerai jual makanan dan minuman juga.
Gambar ni aku cilok dari web MDHS. Lupa lah pulak nak amek gambar tempat keluar nya mata air panas ni..

Masuk percuma.  Persekitaran bersih dan redup.  Cuma kolam tu je lah yang kotor.. Toilet dan tempat salin baju, boleh lah.

Pesanan khidmat masyarakat

Jangan lupa bawak baldi dan gayung supaya korang boleh takungkan air dlm badli tu dan mandi ala-ala macam dalam bilik air kat rumah korang atau besen kecik untuk korang rendam kaki kut la geli nak nak gi rendam kat kolam besor tu .. dan towel kecik supaya korang boleh celup towel tu dalam air panas, perah dan letak kat mana-mana korang suka :D




Sabtu, 20 April 2013

Sukan oh sukan

Hari ni penat tahap gaban kott.  Asbabnya ialah - sukan sekolah (macam la aku yg masuk bahagian pun) balik rumah tido terbongkang hamek kau..


Tuu yang baju biru sampin merah tu Nabil - rumah biru



Gambar tak banyak sebab mak dia malas nak pacak lama-lama tengah panas :)

Tapi apa-apa pun aku respek lah dengan usaha guru-guru semua yang bertungkus lumus berusaha,  di tengah panas membakar.. Bukan senang woihh. Sebab tu la Allah tak takdirkan aku jadik cikgu skolah kot.  Sebab memang bukanlah aku dari golongan yang tahan lasak waima penyabar

Nabilah yang dah kebah demam terus demam balik.. kesian kena jemur.. tapi apa nak buat.. kena la ajar lasak sikit ..

Nadiah meroyan bangun pagi umi abang ngan kakak dah tak de kat rumah - sapa suh bangun lambat kan dah kena tinggal




Khamis, 18 April 2013

Adab Berjiran

Lagi pasal jiaran tetangga.. sapa kat sini tak de jiran angkat tangan? kalo tak de jiran tu camner ek?? semua kita ada jiran kan?  Jadik adat duduk berjiran sudah tentu ada adap dan panduan yg perlu diikui.. bukan men bantai belasah je kan.. barulah hidup kita dirahmati..

Antara Hak-hak jiran ke atas kita
Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.


1. Mula memberi salam kepadanya.


2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya. (jgn bizi body)


3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.


4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.


5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.


6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.


7. Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.


8. Tidak menyusahkan perasaannya.


9. Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.


10. Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.


11. Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.


12. Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.


13. Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.


14. Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.


15. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.


16. Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.

Jumaat, 5 April 2013

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2013

Tahun ni 2013 memandangkan Nabil nak exam UPSR, jadi mak pak nya terpaksalah berkorban sikit.  Tak boleh balik kampung lama-lama.  Sebab Nabil hari-hari ada kelas tambahan.  Tapi kami pontengkan jugak dia sebab dah tak tahan nak kena gak balik kampung -dengan alasan:-

  • Lepas ni dah tak de cuti sekolah- kena tunggu bulan 6 pulak
  • Nak jumpa ibu-ibu dan bapa kat kampung.  lagi pun kan abah aku baru je meninggal.  Kesian mak.  Mesti dia sunyi
  • Nak beli ikan fresh kat pasar bisik Kuala Muda untuk memenuhkan petiais semua orang yang berkenaan
  • Nak jalan-jalan cari makan weeeee


Kitorang bertolak lepas isyak. Selalu waktu-waktu cam ni la pun kitorang travel.  Best! Jalan tak sesak, RNR Sungai Perak tak ramai orang.  Pukul 12 malam pun pukul 12 malam lah! aku nak jugak sental nasik lemak daun pisang.  Tak pedulik! Kolestol makrol. Janji layan!


Selalu lepas makan tapau untuk arwah abah.. ..

 Senjak abah meninggal bulan Januari hari tu, ni kali ke tiga aku balik.  Dan setiap kali kereta masuk perkarangan rumah, setiap kali lah aku sebak - teringat arwah abah. Hanya Al-fatihah yang dapat aku hadiah kan buat abah setiap kali teringat-bila-bila masa untuk aku hilangkan rindu aku pada abah... Selalu arwah abah lah yang akan keluar dari bilik sebab arwah susah nak tidur malam.  Dengan senyum menggulung dia menyambut tangan kami semua untuk bersalam, sambil kata "laa balik lagi hmm" (sebab kitorang kerap balik dan selalunya abah tak tau pun kitorang nak balik- surprise la kunun)




Memori terakhir - 2 bulan sebelum abah pulang ke rahmatullah

Jumaat tu lepas bekfes enchek hasben balik kampung dia meninggalkan aku dan anak-anak kat rumah mak aku untuk menyempurnakan projek komuniti - kemas rumah mak.  Encek hasben pegi cari ikan la apa lagi kat Kuala Muda nun! Memang itu la keje dia tiap-tiap kali balik kampung,  tanpa gagal!

Petang melayan budak-budak nak pegi laut.  Asalnya nak pegi kat RNR Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwoth tu je tp sebab jln jem org balik keje kot, so abang aku yang sulung selaku ketua rombongan rojer ajak pi Pulau.

Lepak-lepak makan-makan balik jem-jem naik feri

Budak-budak yang kekecewaan tak dapat mandi laut; mak pak dan tok budak-budak yang kelegaan

Double patty+cheese+egg+creativity = RM16.00 Beger ni giant sungguh


Ni projek jumaat.  Projek sabtu nanti la maleh nak taip


Rabu, 27 Mac 2013

Karipap Giant

Dah sekian lama tak makan karipap giant neh, maka petang tadi menggigih la aku uli doh karipap.  Berpeluh ketiak la jugak duk menguli.  Tiba-tiba terkenang ke mak ngan abah aku..


Dulu masa aku kecik sekolah rendah mak aku berniaga nasik lemak dan kuih muih .. Ada donat, lepat, bingka, karipap, cekodok pisang besaq gedabak, dan macam-macam la.  Semua yang mak buat sedap tak yah cakap lah! Lazat!

Tiba-tiba rasa sayu betapa mak dan abah aku bersusah payah bersengkang mata dan beradu tenaga nak prepare semua tu.  Aku teringat lagi abah lepas balik dari surau, mulalah tolong mak mesen kulit karipap.  Kadang-kadang aku menyebok kat celah-celah tu tolong masukkan inti karipap dalam acuan.

Sekarang semua tu dah tinggal kenangan.. Sekarang mak dah tak kuat macam dulu.. Cuma larat untuk uruskan diri sendiri je,  Masak dah tak larat dah,  Abah pun dah pergi.. buat selama-lamanya.. dipanggil Allah.. meninggalkan semua kenangan untuk dikenang oleh kami yang masih bernyawa..

Semoga Allah memberi ganjaran terbaik di sisi Nya buat kedua ibu bapa yang sangat aku kasihi atas pengobanan tak ternilai membesarkan kami berenam.. Doa aku selalu agar Allah menempatkan arwah abah bersama para solihin.. Dan mengampunkan semua dosa mereka berdua..Dan mengasihi mereka berdua sepertimana mereka mengasihi kami..

Ni lah rupa karipap giant tu, Giant tak?
Karipap Giant ni resepi mak aku.. Kami anak beranak memang enjoy makan karipap ni.  Masa bila tau? Masa hujan petang-petang! Memang layan.  Cicah ngan cili sos.  Makan ramai-ramai.  Kalau mak buat mesti semua orang dapat sebijik sorang.  Makan sebijik pun kenyang sampai malam woihh!

p/s : Hontah berapa kalori aku pun maleh nak amek pot.  Puas hati  aku dapat makan kepap giant hari ni!!


Isnin, 25 Mac 2013

Bersalin dengan Epidural

Sebenarnya dah lama nak cerita pengalaman epidural ni tapi tah lah.. Semangat tak de..

Ni sementara tengah bersemangat ni

Tahun 2007 memandangkan masa aku tengah survey on line pasal pengalaman orang Malaysia tentang epidural ni agak susah jugak nak jumpa  jadi aku rasa berkongsi lebih baik kut eh?

Aku dah pernah merasa bersalin normal tanpa menggunakan apa pun ubat penahan sakit. Masa tu anak sulung, Nabil. Tahun 2001 tu tak banyak sangat info. Cuma pernah terbaca kat majalah Pa Ma je kut .. tu pun tak cukup menguatkan kemahuan aku untuk guna epidural.  Lagi pun kengkononnya nak jadik hero lar merasa macam mana sakit bersalin tu..

Sakit bersalin normal takyah cerita kat sini.  Semua wanita yang dah pernah melaluinya memang tau apa rasanya kan? Trauma sakit tu dengan enchek hasben sekali trauma. Sampai kami mengambil masa 5 tahun untuk merancang dapat anak kedua pulak.. Tu pun jenuh aku pujuk enchek hasben aku dia tak mau dulu. Dia kata nantilah.. Nantilah.. sebab dia kesian tengok aku bertungkus lumus masa bersalinkan Nabil dulu tu.  Sebab tu la Allah kata syurga dibawah tapak kaki ibu..

Ok ok sori termelalut.

Epidural ni sebenarnya pada aku la, sangat best! aku ambik 2 kali.  Sekali masa deliver Nabilah (2007) dan  sekali masa Nadiah (2010).. Sebab terus terang aku memang tak tahan sakit.

Ni antara procedurenya:

Doktor pakar Anesthetic tu akan cucuk kat tulang belakang macam gambar kat bawah ni :

Gambar aku amek dari Google


Doktor akan tinggalkan jarum yang pada jarum tu ada Catheter macam gambar kat bawah ni supaya ubat penahan sakit tu akan masuk dalam badan kita sikit demi sikit.. Doktor tu akan decide dia nak letak berapa banyak dosage.
Ni pun ehsan Google


Lepas je ubat tu jalan, dari abdomen sampai kaki kita akan kebas. 

Pengalaman aku, dua doktor berlainan. .Sorang doktor cina perempuan ni sangat best.  Dia cucuk sekali je dah dapat, dia kata, dia letak dos yang cukup sekadar aku tak rasa sakit tapi bila baby dah sampai masa nak keluar aku akan dapat rasa contraction tu..

Memang betul pun.. Masa Nabilah nak keluar sangat-sangat tu aku memang sakit tapi beberapa minit je, tu pun sebab tunggu Doktor Kay naik lambat sikit.

Bila doktor sampai,(aku dah sakit ni doktor boleh relax je pakai glove) aku kata "Doktor sakkkiitt laaa!! dia kata "ye ke? ok ok  bila you rasa sakit je you push". Aku pun apa lagi tarik napas dalam-dalam, push sekali je terus keluar! effortlessly! Alhamdulillah senang sangat.

Yang kali kedua pulak doktor perempuan melayu.  Dia kata dia pun buat epidural masa bersalin anak pertama masa tu tahun 80an lagi..

Aku tanya dia ada tak doktor rasa kesan sampingan. Dia kata tak de apa-apa pun... So aku lega sangat.. Tapi kali ni doktor ni terpaksa godek-godek nak cari epidural space.. Emm rasa dia macam ngilu-ngilu sikit sampai ke dada... tapi aku masih boleh tolerate lagi rasa ngilu tu nak compare dengan sakit bersalin tanpa epidural..

Kali ni kat Nadiah.  Memang tak sakit langsung sampai la masa midwife cek tu dia kata haa dah bukak 10 cm. Dia call doktor dan enchek hasben aku.. doktor datang, doktor tanya you rasa sakit tak? Aku kata tak langsung! Doktor kata kalau you rasa kuis-kuis kat ari-ari ke kat pangkal peha ke you push ok.  Lagi sekali, effortlessly! keluar la Nadiah dengan jayanya.. Alhamdulillah Allah permudahkan..


Walau apa pun hati aku tetap cuak lah jugak. Ye lah mereka tu semua manusia biasa.  Pada Allah saja aku panjatkan doa dan bertawakkal sepenuhnya mohon agar semuanya baik-baik dan mudah tanpa ada apa-apa komplikasi..

Pada aku kalau korang rasa tak tahan sakit, tak payah lah digagahkan diri untuk menempa kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan.. Sebab pengalaman aku bersalin anak sulung, dek sebab sakit yang teramat aku pun dengan tak pandai nak meneran lagi, jadi sangat letih.. dah lah malam tu pun dah tak boleh tidur..Letih sangat sampai masa nak push baby tu aku dah nak pitam. Dan lebih malang Doktor terpaksa vacuum nak keluarkan Nabil.. Kesian kan.. Alhamdulillah tak de apa-apa komplikasi pada baby..

Lagi satu, jahit pun banyak tau! Nak duduk breast feed baby pun sakit dan tak selesa..

Tapi dengan epidural aku rasa lebih selesa.. Siap enchek hasben dengan senang lenang boleh pegi tido kat wad lagi sementara nak tunggu masa baby keluar hehe.  Drama kat dalam labour room pun tak de lah! sebab masa contraction tu tak sakit langsung okehh! Aku siap boleh tido, tipon mak aku borak-borak, baca buku hehe ok kan?? Tapi mulut tu tak henti-henti zikir dan doa mohon Allah mudahkan semuanya.

Lepas bersalin, jahit pun tak banyak.. Jadi masa pantang tu sangat selesa.. dan tak de lah aku terseksa nak tunggu benang jahit tu putus sendiri..


Kesan sampingan:

Lepas je bersalin tu, memang tak boleh bangun langsung la sebab kaki kebas.  Nanti misi-misi tu akan tolong la hangkut korang balik wad hehe

Masa kat Nabilah tu aku muntah-muntah jugak sekali dua..dan rasa pening sikit-sikit je kesan dari steroid tu lah..

Tapi masa kat Nadiah tu tak rasa apa-apa...

Lain-lain semua ok je..

Kesan jangkapanjang:

Sampai sekarang umur Nabilah, dah 6 tahun, Nadiah 3 tahun,  aku alhamdulillah .. tak de rasa apa-apa pun kat tulang belakang aku..

Cuma aku tak boleh meniarap lama-lama. Nanti susah nak bangun. Sakit kat pinggang.  Ni mungkin sebab epidural atau mungkin sebab lain.  Aku tak pasti..

Tapi angkat berat-berat tu dah lama tak buat.. takut jugak .- berjaga-jaga.. Lagi pun pompan yang dah bersalin memang tak leh angkat berat-berat kan?  nanti peranakan jatuh hehe

Semoga perkongsian ni bermanfaat.. dan jangan lupa hanya pada Allah kita bergantung harap.. Epidural ni cuma alat je untuk manage kesakitan kita...

Kos Epidural

Masa kat Nadiah 2010 tu dalam RM750.. sekarang pun kalau naik mungkin dalam 20 percent.. Aku bersalin tiga-tiga kat Doktor Kay - Pusat Perubatan Naluri. Sayaaanggg Doktor Kay! Muaahh!! ehh tetiba !

Semoga bermanfaat..