Isnin, 26 Julai 2010

Apa ada dengan kampung ko hah??

Aku, enchek suami, dan anak2 memang obsessed dengan kampung,  Pantang ada cuti mesti balik kampung.
Syukur kampung aku dan suami dekat.  Dua2 di utara tanahair.
Ada orang mempertikaikan kenapa korang suka balik kampung ha?
Apa ada kat kampung korang?
Best sangat ke kampung ko?
Bawak2 ler pegi jenjalan tempat lain pulak, tengok2 tempat orang..

Jawapannya senang saje.. kat kampung masih ada ibu2 dan bapa2 kami yang sentiasa menanti kepulang anak cucu untuk mengisi hari2 mereka yang sunyi...

Weekend lepas balik kampung lagi, walaupun baru je balik masa cuti sekolah June hari tu.
Misi utama, tentulah menziarahi org tua, misi kedua, menziarahi pak teh yang sakit di Hospital penang, ketiga, makan rambutan yang sedang menggila2 masak ranum!! Eh! macamla kat Rawang takdek rambutan?? Dan misi keempat, demi mengisi petiais dengan ikan2 segar kuala muda ngeh heh hehh...





 Dah tu, kan aku dah kata misi utama nak balik jenguk mak bapak dan ziarah pak teh?  Rugi ke?
Rambutan beli tak sedap.. :P




Prinsip aku dan suami sama.. selagi ada ibu dan bapa, balik la selalu jenguk2 mereka.. tiap bulan, hulur la Ringgit setakat termampu.. disitulah letaknya keberkatan rezeki kita.. Orang tua memang tak mintak, tp kalau kita bagi, seronok dia :)



p/s : takut bila dengar ceramah/kuliah pasal anak derhaka :( semoga anak2 kami nanti akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang kami amalkan sekarang ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan