Aktiviti bisik-bisik Kuala Muda
Bisik?? Bisik apa? Cakap je lah bagi semua orang dengar!!
Ooo tak boleh!! Nanti pecah rahsia.. he hee
Sebenar2nya, BISIK ni dah jadi enchek suami punyer passion and obsession.
Tu laa keje dia tiap kali balik umah mak dia ..TANPA GAGAL!
Tapi aku suke, sebab aku dapat makan sedaapp.
Ok senang cerita
Definisi BISIK= bagitau kat nelayan/org yg bawak naik ikan dari bot ke darat, harga berapa ko nak offer dia dgn ikan/udang/ketam yg ada kat dia secara BERBISIK (jgn bagi org lain dengar-nanti ko tak dapat ikan tu) nelayan tu hanya akan jual ikan dia pada orang yang offer harga paling tinggi sahaja..
Kalo tak biasa bisik mula2 memang la ko terkial2 nak bisik tak tau berapa.. sebab kena agak berapa kilo yg nelayan tu bawak, pas tu kena agak2 berapa harga pasaran dia, pas tu baru leh bisik.. kalo tak alamatnya putih mata tak dapat hasil laut segar bugar ni atau ko dapat pada harga yg mahal melebihi harga pasaran.. pilihan di tangan anda!
Udang ni harga pada hari ktorang bisik ni dapat dlm sekilo purata RM37
Ikan duri ni - kesemuanya, RM17
Antara ikan yang ada yang korang boleh bisik untuk dilaukkan.
Sotong, memang sangat jarang naik.. Ada sekali tu enchek suami dapat sotong sgt besar, tapi sayangnya sorang pun tak teringat nak snap gambo! Aku, masa tu tgh ngandung, layan penin lalat, jadi tak kuasa dan tak exited sangat le pun dgn aktiviti enchek suami masa tu :P
Tips- untuk memulakan operasi Bisik, korang perlu ada gadget2 berikut:
*Duit kecik RM1, RM5, RM10 - nanti senang korang nak bayar
*Pouch bag
*Buku nota kecik (buku tiga lima daa) senang korang nak trace budget
*Plastik beg Besar
*Tong ikan
*Besen
Okeh tu je citer pasal BISIK. Kalo kebetulan korang ada di Utara, singgah2 le kat pusat bisik ni dan meh le meramai kan suasana kat sini!
P/s majulah bisik untuk lauk yang sedap dan lazat ^______^
![]() |
Tong ikan dan besen besar untuk letak ikan dan ais demi memelihara kesegaran hasil tangkapan |
![]() |
Buku tiga lima supaya tak terlebih bajet. Untuk rekod-nanti lepas-2 ni boleh refer harga |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan