Khamis, 23 April 2015

Acute Retina Necrosis



Tak pernah terbayang saya akan kena penyakit ni.

Ini lah yang dinamakan ujian dari Allah. Sebenarnya kan.. dah banyak kali sangat saya cuba nak buat entry ni. Tapi tiap kali tu lah jugak otak jem. Tak tau nak mula kat mana.

Memang ujian kali ni adalah ujian yang paling besar dalam hidup saya sepanjang 40 tahun diizinkan Allah untuk bernafas.

Ujian kali ini jugalah yang memberikan saya satu turning point dalam hidup sebagai hamba kepada Allah.. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dalam ujian ini lah saya melihat dan merasai kebesaran Allah.

Benar janji Allah dalam surahAl-Baqarah : 286


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Memang pada fasa pertama saya hilang nikmat melihat sebelah mata, susah betul nak terima.

Selalu duk soal jahat sangat ke aku ni sampai Allah uji macam ni.

Tapi Alhamdulillah saya ada suami dan anak-anak, ibu-ibu dan adik abang yang sentiasa disisi. Mereka inilah yang banyak memberi kekuatan untuk terus bangkit dari ujian.

Bukan senang juga saya nak sesuaikan diri dengan keadaan baru ni. Ye lah dulu masa dua-dua mata terang elok, senang nak merempit ke hulu ke hilir dengan segala macam tanggungjawab.. Dari jadi macik bas sekolah hangkut kenit-kenit dua orang balik sekolah, dua minggu sekali tawaf Serendah→Behrang→Bukit Beruntung→Serendah jemput abam long Nabil balik asrama.

Pegi pasor tesco balik masak kalau tak keluar jumpa client.

Peh tu keluar keje jumpa client merata sejauh Seremban.

Hii macam-macamlah. Semua tu kena guna mata.

Tu belum lagi nak kena guna komputer, calculator nak telek client punya investment portfolio.

Nak buat online exam la pegi training lah.. nak menjahit la. Nak baca buku kegemaran lah. nak FB IG Wasap Telegram.

Hishh banyak betul semua kena guna mata.  Ofkos la stress bila mata tak nampak satu.. stress dia hanya Allah dan aku dan orang-orang yang mengalaminya saja yang tahu.

Ok dah dah. Sudah cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Sekarang dah setahun 2 bulan .. and counting, duk tunggu bila lah nak sembuh cik mata ni.  Sekarang saya dah nekad. Pelan-pelan dah mula balik keje. Hobi menjahit. Tak bleh tahan oooii. Lama benar berehat.

Tapi tapi tapi sayabyakin Allah ujian ni memang sesuai dengan kemampuan saya. Allah tahu Maha Tahu yang saya ni mampu untuk hadap semua ni.

Dalam kesusahan tu Allah bagi saya layanan VIP. Dapat jumpa Prof Muhaya in person. Sebab dia doktor saya hihi.

Dapat doktor-doktor yang ohsem yang Prof. Muhaya rekemen. Dapat masuk fast lane. Tak yah tunggu lama kat hospital.

Merasa saya duduk cuti 10 hari makan tido sedap-sedap kat Prince Court Medical Center.

Yang paling best sekali.. dapat kemanisan berdoa dan rasa sangat dekat dengan Allah..  Manisnya saat tu. Semoga ya Allah aku terus berada dalam perhatian Mu..aamiin.

Okeh apa tu acute retina necrosis?  Ni satu penyakit mata. Mata diserang virus. Virus ni serang bahagian retina aku.

Ia boleh menyebabkan buta kalau tak di rawat dengan ubat anti viral.

Dan ia juga telah menyebabkan retina saya lekang dan merasa la jadi buta untuk beberapa jam sebab retina yang lekang tu.

Tapi alhamdulillah ada rawatan untuk retina lekang. Iaitu melalui pembedahan.

Merasa la saya kena tebuk mata 3 kali..

Last stage mata akan develop katarak. Ni pun boleh di buat pembedahan.

Hasilnya, setelah 3 kali pembedahan mata masih sangat kabur. Tapi doktor kata mata ni akan recover cumanya kena bagi masa lah kat dia.

Setakat ni saya dah tak nak manja-manjakan diri.  Saya dah start merempit macam biasa meneruskan hidup macam sebelum-sebelum ni.

Mata ni biar lah. Saya yakin Allah akan sembuhkan.  Segala usaha dah dibuat. Yang sembuhkan saya cuma Dia. Allah yang SATU.

Simptom yang saya alami,

1. Mata putih tu merah sikit je. Tak berapa perasan sangat.

2. Keluar flotus- ada benda hitam dalam pandangan mata tu. Bila gerak mata dia ikut sekali. dan dia tak hilang-hilang.

3. Sakit dalam kepala yang sangat-sangat

4. Mata kabur. Pakai spek power pun tak boleh dah. Tak nampak dah tulisan ke objek ke. Seolah macam korang melihat dalam kabus atau jerebu tebal.

Syukurlah mata ada lagi satu.  Semoga semuanya baik-baik. InsyaAllah. Aamiin.

InsyaAllah nanti saya share tips untuk atasi rasa sedih, senak, susah nak terima takdir akan ujian Allah, cara saya.

Meh nak belanja gambar sikit.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan