Isnin, 29 November 2010

Penting sangat ke insurans nih??

Kali ni aku nak story morry pasal insurans yang dipandang ringan oleh sesetengah orang.. Bila sebut je insurans ada sesetengah puak tetiba je jadik ellergic terus shut down mind -masuk telinga kanan kuor telinga kiri.. sedehh..

Okeh Balik pada tajuk kat atas tu, bukan apa, sebenarnya sepanjang pengalaman aku menjual insurance freelance dan untuk bank juga, orang melayu memanglah sangat kurang membeli insurans.. Pelanggan aku majoritinya mereka yang sudah ada pengalaman ahli keluarga terdekat meninggal dunia, atau sakit..

Sapa yang sangat2 memerlukan perlindugan insurans?

SEMUA ORANG YANG MASIH SIHAT!! -sebab bila dah sakit, dah tak boleh beli insuras :(
Masa tu korang menangis air mata darah sekali pun takkan dapat dah beli.. kalo dapat pun premium sangat tinggi dan insurance company takkan cover pre-existing illness yg korang ada tu..

Bila korang dah ada polisi insurans sekurang-kurangnya korang ada peace of mind! Sebab tak sapa pun tau penyudah hidup masing2 kan?  tak sapa pun tau apa yang akan berlaku di kemudian hari kan?

Imagine-tiba2 doktor bgtau korang kena salah satu dari 36 penyakit yg paling popular kat Malaysia ni..-kanser...  masyaAllah  hanya org yg pernah lalui je tahu betapa perit nak melalui saat getir ni..
sebab kenyataanya, sakit ni memang memerlukan belanja yang tinggi.. even korang duk hospital kerajaan pun, still kena bayor tau kos sesetengah ubat, kos2 terapi, ward charges..haish macam2 la .. Dah la sakit, tak de income, duit pulak kena keluar.. Habis korek duit simpanan korang tau tak..

Tu bab kalo sakit.. kalo kita meniggal dulu? Ha! selalu aku dapat feedback ni dari Mr/Miss prospek- alah kak, kalo dah mati nanti hasben/bini saya yg kaya.  Alaa kak saya belum kawin kak, takde tanggungan! Sedehh  betul aku.. Betapa! ishhh!! aku cakap cam ni je, dek ok fine org dah meninggal memang la selesai malasah dia kat dunia ni.. Tapi korang sampai hati ke tinggalkan isteri/suami korang dengan hutang2 korang? hutang kredit kad la, hutang keter la, hutang motor la, hutang basikal la! OKEH!!! kalo ye pun korang tak de hutang, tak nak ke korang tinggalkan sikit belanja utk mak korang yg dah susah payah besarkan korang dari kecik sampai besar? Bila dah besar panjang, dan tiba masa korang balas jasa mak abah korang pulak diambil Allah dari mereka buat selama2nya? sedih kan??

Anak2 pulak camner? utk org yg dah ada anak.. kesian kat anak2 yang selama korang hidup, korang boleh beri perlindungan sempurna kat dorang, tiba2 korang dah tak boleh? emmmm lihat lah dengan mata hati..

Bagi yang ada insurance protections, sila semak polisi korang..sebab mungkin masa korang beli dulu masa bujang atau masa baru kawen.. sekarang dah ada anak yang semakin tahun semakin bertambah.. agak2 cukup tak ni?  hehe..

Pengalaman aku- mujurlah kami dah beli awal2 policy.  Thn 2007 enchek suami kena batu karang.  Tak de warning apa pun tup2 lepas bukak posa dia sakit kat pinggang.  Pegi klinik doktor refer hospital.  Kitorang pegi Ampang Putri Hospital. Stayed 4 hari 3 malam - gedebak gedebuk total bill RM14,000.  Company bayor up to RM6,500 je.. kalo tak de insurans? sayang wooo duit savings melayang RM7,500!!  Mujur la ada amik insurans 2 tahun lepas.. Selesai masalah ...Apa? pegi hospital kerajaan?? hehee korang paham2 je la kan...

Padahal hasben aku baru bayor total  of  RM3,600  (RM150 /24 bulan) worth of premium kat Prudential...  kiranya nett ktorang save RM3,900 duit saving .. tak paham? tak pe, korang boleh je tanya aku . free tak kena bayor pun consultation aku :D


Tahun 2009 aku pulak .. kena operate buang ovarian cyst.  Ampang putri jugak.  Bill okeh la RM6,700 je.  Company husband cover RM6,500- Lagi RM100 claim insurans.  Dapat lagi RM800 dari insurans company sebab aku buat major surgery .  Hehee duit terpijak nama dia tu .. apa lagi kalo dah duit terpijak tu , shoping terpijak la jawabnya...

Walaupun kitorang spend agak banyak jugak la tiap2 bulan untuk insurans ni tapi tak kisah la.. sebab at least dah ada peace of mind walaupun coverage tak ler sampai berjuta2 hengget (agak sesuai la untuk golongan rakyat marhain macam kitorang ni .. ye la kita bukan harta melambak yg sampai makan tujuh keturunan pun tak habis..) sekurang2nya kalo berlaku apa2 uncertainties, ada lah jugak back up..  

 
SEKALI lagi, kalo korang nak tau lebih lanjut boleh le tanya kat aku .. insyaAllah mana yang boleh share aku share dan tolong..Jangan risau aku bukannya jenis product pusher.. korang boleh dengor aku membebel, lepas tu suka ati korang buat decision sendiri.. sebab at the end of the day, we are the one who take charge of our own life and destiny... ha gitu ;)

Aku sayang semua orang disekeliling aku, dan semoga aku dapat mendatangkan kebaikan pada semua orang disekeliling aku

https://www.prubsn.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan