Isnin, 29 November 2010

Wahhh lamanya tak update blog ;)

Assalamualaikum... huishhh dah bersarang labah2 la blog aku ni punya la lama tak update.. senjak cuti raya.. ntoh la yer tetiba pulak angin meghoyan malas melanda.

Tapi tak dinafikan memang bayak ler event yg berlaku .. kalo nak diceritakan kat sini blom tentu pat ploh pat hari siang malam leh abih..

Tapi yang paling terkesan dihati, terpahat difikiran ialah Nadiah dah kena jangkitan coaxakie virus lepas balik dari kampung raya puasa hari tu... Akibatnya, 2 minggu ler kena kuarantin supaya tak menjangkit kat anak orang lain dan tak de la aktiviti pegi open house :P

Peghh cabaran btol bila kena duk rumah on weekends! Tak boleh bawak budak2 makan kat luar, pegi beriadah kat tempat umum, tak leh berlibur di pusat membeli belah, tak leh pi lepak rumah sepupu sepapat, adik beradik, makcik pakcik.  Ishk pendek kata habis ler rumput kat laman rumah kena tebas oleh enchek suami dek kerna tak de aktiviti lain heheh..

Ni ada info sikit pasal coaxakie virus.  Virus ni hanya menjangkiti kanak2 yg berusia 0 bulan hingga 7 tahun sahaja.  Berjangkit bila kanak2 menyentuh objek yang sudah mempunyai virus tersebut yang ditinggalkan oleh pembawa virus tersebut.. Virus disebarkan melalui saliva.. Simptom2 yang menunjukkan kanak2 telah mendapat jangkitan tersebut ialah, keluar bintik2 pada kaki dan tangan diikuti oleh demam panas.. hari  kedua dan ketiga pula demam akan hilang, tapi kanak2 yang dijangkiti akan mula sakit ulser yang keluar dalam kerongkong (ni worst case condition- ada kanak2 yang teruk, ada yang tak) biasanya mereka tak dapat makan atau minum sebab sakit dibahagian tekak.  Doktor akan menyarankan supaya kanak2 tersebut diberi makanan yang lembut dan sejuk.. seperti dadih, atau aiskrim.Hari keempat biasanya ulser akan mula berkurangan.  Tapi bintik2 pada kaki dan tangan akan terus keluar hinggalah masuk minggu kedua, bintik2 tersebut akan mula kering dan berkeruping dan akan tanggal dengan sendirinya.  Walau apa pun, simptom2 yang disebut kan tadi akan berbeza mengikut kanak2.  Ada yang cuma demam saje, ada yang cuma demam dan tumbuh bintik2 saje dan ada yang demam, tumbuh bintik2 dan sakit tekak (ulser didalam tekak).

Dalam kes aku, baby nadiah masa kena baru umur 7 bulan dan baru je start makan bubur nasi, jadi susah la jgak sebab pilihan makanan yang terhad... sampai aku terpaksa bagi dia minum air bubur nasi ke susu ke guna syringe.  Trauma la jagak masa hari ke2 dan 3 tu.. nak suap ubat pun ya Allah seksanya.. kesian sangat kat dia dengan aku sekali nangis berjemaah dgn dia :(

Alhamdulillah, mujur la nadiah ni budak baik.. jadi takde le dia merengek 24 jam.. kalo tak lagi ler aku trauma.  Bila dah masuk hari kelima tu dia dah start minum susu (agaknya dah kurang sakit tekak dia tu) baru la muka dia manis balik semula.  Kalo tak tu masam kelat!  Tengok la perbezaan kedua2 gambar di bawah.




Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi.. dan sumber yang dipaparkan disini adalah berdasarkan kepada nasihat doktor peribadi dan pembacaan melalui beberapa laman web diinternet :) .  Anda diminta merujuk dengan pakar yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat terperinci .  Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan