Isnin, 2 Ogos 2010

Nadiah pertama kali pegi air terjun

Hari ahad cam ni, agak bosan duduk rumah.. esok hari kerja dan nabil sekolah, nanti keluar balik letih.. tak cukup rest.. dah last week balik kampung.. so minggu ni relek kat rumah la .. kata enchek suami.

Semalam dah keluar KL, pegi makan kat Peppercorn.. memang puas ati ar chef yus masak hasil ikan bisik enchek suami!

jadik hari ni bawak budak-budak ni mandi air terjun!! lokasi; serendah waterfall.  Hari ni jugak untuk pertama kalinya baby nadiah mencemar dunia bayinya, pegi waterfall.. saja nak introduce kat dia .. ha nadiah, ni la untungnya umah kita. leh sedut udara segar, ada waterfall, korang ada??.. ngee he hee..

Tapi nadiah tak mandi pun.. tengok2 je org mandi.. sambil layan blues mata yg ngantuk..
Abang. kakak, abah berkubang tak hengat!!



Balik dari waterfall, nadiah tido jap dlm 30 minit, pas tu bangun, ktorang heret pulak dia pegi memenuhi jemputan kenduri jiran terdekat..

Balik dari kenduri Nadiah dah rengek nak susu, tak sempat habis kan susu pun terus terlelap.. lepas maghrib baru dia bangun.. he hee itu lah Nadiah yang telah dibuli oleh umi, air terjun dan kenduri kawen hari ni.. letih tak terkata!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan