Selasa, 10 Ogos 2010

Tips menghalau lalat

Aku ni memang sangat annoyed kalo ada lalat berterbangan time aku makan, atau masak, atau bila-bila saja lah.. tapi nak marah lebeh-lebeh pun tak leh kan, sebab beliau  lalat pun makhluk Allah jugak kan...

Hmm kat rumah aku ni boleh tahan lagi, sebab populasi lalat tak la banyak sangat.. Takat 4-5 ekor je.. Tu pun aku memang sangat tensen tahap gaban  kalo lalat ni datang tanpa diundang!! Maka, aku akan selalu pastikan aku menutup segala pintu dan tingkap time menyiang ikan/ayam/udang.. dah siap sumer, aku hapuskan segala bukti, baru bukak pintu dan tingkap :P

Tapi kalo kat kampung, tak dapek la den nak nolong eks, sebab memang rumah mak aku mesra lalat he hee ..maksudnya wet kitchen tu open air.. dan memang kat situ kawasan populasi lalatnya amat la banyak!

 Okeh-okeh sudah sudah tu membebel.. sekarang aku nak bagi tips menghalau lalat secara berkesan.

Bahan-bahan yang korang perlukan:


1. Botol spray
2. Ajax Fabuloso (lagi??) preferably yg kaler pink  atau purple sebab wangi
3. Kain untuk mengelap

Cara-caranya

Korang masukkan ajax tu dalam 3 penutup dalam botol spray tadi, pah tu campur la dengan air...
Goncangkan,  dah siap untuk menjalankan misi...  Semburkan kat table top, meja, dan segala surface la yang korang rasa sesuai, lepas tu lap menggunakan kain bersih... setakat yang aku dah buat memang gerenti lalat yang ada akan berkurangan dan tak mengudang lalat baru untuk datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan