Selasa, 10 Ogos 2010

Tips mencuci bilik air untuk orang malas

Aku memang selalu mengamalkan mende ni.. Ia nya bukan saja menjimat kan masa dan tenaga, kaki dan tangan pun akan terselamat dari menjadi kasar dan kematu.

Bahan-bahan yang diperlukan:


Ni nak bagi wangi
Ni digunakan supaya kotoran degil senang tanggal



Ni untuk menahan dari tersedut bau clorox berlebihan


Baldi
Gayung macam ni
Kasut - Boot - juga untuk perlindungan maksima
 
Sarung tangan latex - melindungi tangan dari hakisan

Cara-cara:

1. Mula-mula pakai sarung tangan, kasut but dan face mask,
2. Dilute  clorox + ajax dengan air satu baldi ; Portion dia suka hati korang la
3. Pastikan clorox + ajax tadi mixed well dgn air
4. Cedok bancuhan clorox tadi dengan gayung, mula kan dengan menyiram dinding yg ber'tiles'.  Pastikan dinding korang tu rata dengan bancuhan clorox tadi.. siram, sink, toilet bowl last sekali siram lantai..
5. Tinggalkan beberapa jam, lepas tu apa lagi, sental la kalo dah lumut tu tahap tebal pat lima inci .. untuk dapat kan hasil yang memuaskan..
6. Kalo kotoran kat bilik air korang tu agak-agak kotoran manja je, korang sembur je la dgn air, pun dah cukup memanchor-manchor bilik air korang dah...

Tips Berani Mati

Yang ni memang aku buat kalo aku malas tahap gaban, gerenti takyah sental, taruk clorox banyak-banyak  + ajax sikit + air sikit dalam botol spray yang korang boleh beli kat kedai hardware atau hypermarket macam kat gambar atas tu.. halakan ke dinding, lantai, dan sebagainya yg korang nak cuci tu, ..  . biarkan 4-5 jam, pah tu korang sembur dgn air jerr.. tadaaa lihatlah hasilnya ... dinding ngan lantai bilik air korang akan bersih berseri-seri!!

Amaran!!

Sila pastikan korang memakai face mask, spek mata keselamatan, boot dan sarung tangan latex untuk mengelakkan korang pening dan muntah overdose terhidu clorox !

P/s :

1) Aku tak bertanggungjawab kalo tiles korang tukar kaler ke rosak ke eh! Tapi kat rumah aku, ok je lah takat ni tak de pulak rosak..
2) Sila ambil langkah berjaga-jaga sebab tu clorox tu racun kott
3) Dah lama aku tak cuci bilik air sebab aku dah outsource kat Chek Imah .. tapi start minggu ni kena balik le aku praktikkan skill ni sebab Chek Imah dah nak balik kampung hu huuu huwaaaa Imaaaaah!! kenapa la di saat aku amat memerlukan kehadiran ko, ko pergi!! pulang la Imah cepat.  Aku menanti kamu dengan seribu pengharapan!
4) Terima kasih untuk part time maid aku sebab idea sental bilik air guna clorox ni aku dapat dari dia lah sebenarnya.. cuma bila dia dah tak de aku kena la cipta cara yang menyenangkan diri sendiri
5) Tak sesuai kot kalau ada budak kecik dalam rumah masa korang letak clorox banyak-banyak tu..sebab bau dia memang sangat tajam!

1 ulasan: