Rabu, 27 Mac 2013

Karipap Giant

Dah sekian lama tak makan karipap giant neh, maka petang tadi menggigih la aku uli doh karipap.  Berpeluh ketiak la jugak duk menguli.  Tiba-tiba terkenang ke mak ngan abah aku..


Dulu masa aku kecik sekolah rendah mak aku berniaga nasik lemak dan kuih muih .. Ada donat, lepat, bingka, karipap, cekodok pisang besaq gedabak, dan macam-macam la.  Semua yang mak buat sedap tak yah cakap lah! Lazat!

Tiba-tiba rasa sayu betapa mak dan abah aku bersusah payah bersengkang mata dan beradu tenaga nak prepare semua tu.  Aku teringat lagi abah lepas balik dari surau, mulalah tolong mak mesen kulit karipap.  Kadang-kadang aku menyebok kat celah-celah tu tolong masukkan inti karipap dalam acuan.

Sekarang semua tu dah tinggal kenangan.. Sekarang mak dah tak kuat macam dulu.. Cuma larat untuk uruskan diri sendiri je,  Masak dah tak larat dah,  Abah pun dah pergi.. buat selama-lamanya.. dipanggil Allah.. meninggalkan semua kenangan untuk dikenang oleh kami yang masih bernyawa..

Semoga Allah memberi ganjaran terbaik di sisi Nya buat kedua ibu bapa yang sangat aku kasihi atas pengobanan tak ternilai membesarkan kami berenam.. Doa aku selalu agar Allah menempatkan arwah abah bersama para solihin.. Dan mengampunkan semua dosa mereka berdua..Dan mengasihi mereka berdua sepertimana mereka mengasihi kami..

Ni lah rupa karipap giant tu, Giant tak?
Karipap Giant ni resepi mak aku.. Kami anak beranak memang enjoy makan karipap ni.  Masa bila tau? Masa hujan petang-petang! Memang layan.  Cicah ngan cili sos.  Makan ramai-ramai.  Kalau mak buat mesti semua orang dapat sebijik sorang.  Makan sebijik pun kenyang sampai malam woihh!

p/s : Hontah berapa kalori aku pun maleh nak amek pot.  Puas hati  aku dapat makan kepap giant hari ni!!


Isnin, 25 Mac 2013

Bersalin dengan Epidural

Sebenarnya dah lama nak cerita pengalaman epidural ni tapi tah lah.. Semangat tak de..

Ni sementara tengah bersemangat ni

Tahun 2007 memandangkan masa aku tengah survey on line pasal pengalaman orang Malaysia tentang epidural ni agak susah jugak nak jumpa  jadi aku rasa berkongsi lebih baik kut eh?

Aku dah pernah merasa bersalin normal tanpa menggunakan apa pun ubat penahan sakit. Masa tu anak sulung, Nabil. Tahun 2001 tu tak banyak sangat info. Cuma pernah terbaca kat majalah Pa Ma je kut .. tu pun tak cukup menguatkan kemahuan aku untuk guna epidural.  Lagi pun kengkononnya nak jadik hero lar merasa macam mana sakit bersalin tu..

Sakit bersalin normal takyah cerita kat sini.  Semua wanita yang dah pernah melaluinya memang tau apa rasanya kan? Trauma sakit tu dengan enchek hasben sekali trauma. Sampai kami mengambil masa 5 tahun untuk merancang dapat anak kedua pulak.. Tu pun jenuh aku pujuk enchek hasben aku dia tak mau dulu. Dia kata nantilah.. Nantilah.. sebab dia kesian tengok aku bertungkus lumus masa bersalinkan Nabil dulu tu.  Sebab tu la Allah kata syurga dibawah tapak kaki ibu..

Ok ok sori termelalut.

Epidural ni sebenarnya pada aku la, sangat best! aku ambik 2 kali.  Sekali masa deliver Nabilah (2007) dan  sekali masa Nadiah (2010).. Sebab terus terang aku memang tak tahan sakit.

Ni antara procedurenya:

Doktor pakar Anesthetic tu akan cucuk kat tulang belakang macam gambar kat bawah ni :

Gambar aku amek dari Google


Doktor akan tinggalkan jarum yang pada jarum tu ada Catheter macam gambar kat bawah ni supaya ubat penahan sakit tu akan masuk dalam badan kita sikit demi sikit.. Doktor tu akan decide dia nak letak berapa banyak dosage.
Ni pun ehsan Google


Lepas je ubat tu jalan, dari abdomen sampai kaki kita akan kebas. 

Pengalaman aku, dua doktor berlainan. .Sorang doktor cina perempuan ni sangat best.  Dia cucuk sekali je dah dapat, dia kata, dia letak dos yang cukup sekadar aku tak rasa sakit tapi bila baby dah sampai masa nak keluar aku akan dapat rasa contraction tu..

Memang betul pun.. Masa Nabilah nak keluar sangat-sangat tu aku memang sakit tapi beberapa minit je, tu pun sebab tunggu Doktor Kay naik lambat sikit.

Bila doktor sampai,(aku dah sakit ni doktor boleh relax je pakai glove) aku kata "Doktor sakkkiitt laaa!! dia kata "ye ke? ok ok  bila you rasa sakit je you push". Aku pun apa lagi tarik napas dalam-dalam, push sekali je terus keluar! effortlessly! Alhamdulillah senang sangat.

Yang kali kedua pulak doktor perempuan melayu.  Dia kata dia pun buat epidural masa bersalin anak pertama masa tu tahun 80an lagi..

Aku tanya dia ada tak doktor rasa kesan sampingan. Dia kata tak de apa-apa pun... So aku lega sangat.. Tapi kali ni doktor ni terpaksa godek-godek nak cari epidural space.. Emm rasa dia macam ngilu-ngilu sikit sampai ke dada... tapi aku masih boleh tolerate lagi rasa ngilu tu nak compare dengan sakit bersalin tanpa epidural..

Kali ni kat Nadiah.  Memang tak sakit langsung sampai la masa midwife cek tu dia kata haa dah bukak 10 cm. Dia call doktor dan enchek hasben aku.. doktor datang, doktor tanya you rasa sakit tak? Aku kata tak langsung! Doktor kata kalau you rasa kuis-kuis kat ari-ari ke kat pangkal peha ke you push ok.  Lagi sekali, effortlessly! keluar la Nadiah dengan jayanya.. Alhamdulillah Allah permudahkan..


Walau apa pun hati aku tetap cuak lah jugak. Ye lah mereka tu semua manusia biasa.  Pada Allah saja aku panjatkan doa dan bertawakkal sepenuhnya mohon agar semuanya baik-baik dan mudah tanpa ada apa-apa komplikasi..

Pada aku kalau korang rasa tak tahan sakit, tak payah lah digagahkan diri untuk menempa kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan.. Sebab pengalaman aku bersalin anak sulung, dek sebab sakit yang teramat aku pun dengan tak pandai nak meneran lagi, jadi sangat letih.. dah lah malam tu pun dah tak boleh tidur..Letih sangat sampai masa nak push baby tu aku dah nak pitam. Dan lebih malang Doktor terpaksa vacuum nak keluarkan Nabil.. Kesian kan.. Alhamdulillah tak de apa-apa komplikasi pada baby..

Lagi satu, jahit pun banyak tau! Nak duduk breast feed baby pun sakit dan tak selesa..

Tapi dengan epidural aku rasa lebih selesa.. Siap enchek hasben dengan senang lenang boleh pegi tido kat wad lagi sementara nak tunggu masa baby keluar hehe.  Drama kat dalam labour room pun tak de lah! sebab masa contraction tu tak sakit langsung okehh! Aku siap boleh tido, tipon mak aku borak-borak, baca buku hehe ok kan?? Tapi mulut tu tak henti-henti zikir dan doa mohon Allah mudahkan semuanya.

Lepas bersalin, jahit pun tak banyak.. Jadi masa pantang tu sangat selesa.. dan tak de lah aku terseksa nak tunggu benang jahit tu putus sendiri..


Kesan sampingan:

Lepas je bersalin tu, memang tak boleh bangun langsung la sebab kaki kebas.  Nanti misi-misi tu akan tolong la hangkut korang balik wad hehe

Masa kat Nabilah tu aku muntah-muntah jugak sekali dua..dan rasa pening sikit-sikit je kesan dari steroid tu lah..

Tapi masa kat Nadiah tu tak rasa apa-apa...

Lain-lain semua ok je..

Kesan jangkapanjang:

Sampai sekarang umur Nabilah, dah 6 tahun, Nadiah 3 tahun,  aku alhamdulillah .. tak de rasa apa-apa pun kat tulang belakang aku..

Cuma aku tak boleh meniarap lama-lama. Nanti susah nak bangun. Sakit kat pinggang.  Ni mungkin sebab epidural atau mungkin sebab lain.  Aku tak pasti..

Tapi angkat berat-berat tu dah lama tak buat.. takut jugak .- berjaga-jaga.. Lagi pun pompan yang dah bersalin memang tak leh angkat berat-berat kan?  nanti peranakan jatuh hehe

Semoga perkongsian ni bermanfaat.. dan jangan lupa hanya pada Allah kita bergantung harap.. Epidural ni cuma alat je untuk manage kesakitan kita...

Kos Epidural

Masa kat Nadiah 2010 tu dalam RM750.. sekarang pun kalau naik mungkin dalam 20 percent.. Aku bersalin tiga-tiga kat Doktor Kay - Pusat Perubatan Naluri. Sayaaanggg Doktor Kay! Muaahh!! ehh tetiba !

Semoga bermanfaat..

Ahad, 24 Mac 2013

Air Terjun Serendah

Semalam hari sabtu, Nabil pun cuti tak de kelas tambahan, jadi aku ngan bebudak ni pakat-pakat la membodek inchek abah ajak pegi sungai yang jauhnya sekangkang kera je dari rumah..
 



Air Terjun Serendah


Ni kes balas dendam sebab last week pegi tak puas mandi, hujan dah turun.. Tak berani kitorang nak tunggu sebab takut kepala air.. bahaye... Macam kat bawah ni.. So sila alert selalu kalau mandi manda di sungai.. Nampak langit gelap je angkat kaki, jalan ok :)











Kali ni aku pun turun sekali bekubang setelah sekian lama bersara dari arena perkubangan ni.. Gian la pulak lama tak mandi sungai..

Macam biasa kalo pegi sungai tak penahnya bawak bekal macam orang lain yang siap berbbq kat situ..Lepas mandi,  lapar, balik umah makan! Lagi pun kat situ ada orang jual keropok lekor la, kuih la, kacang botol yang sedap la dan lain-lain..


ni ler ghope budak yang tak pernah jemu ajak pi sungai


Khamis, 21 Mac 2013

Kata-kata jujur dari jiran yang jujur


 
Sepanjang dua minggu ni aku sangat lah sibuk sampai tak sempat nak bermesyuarat tingkap dengan akak sebelah rumah dan bff a.k.a rakan seperjoggingan aku kat lorong ni..

Jadinya hari ni kebetulan duk rumah, akak sebelah rumah (Kak Ila) pun tipon ler nak tanyakan kabar aku plus gossip-gossip pasal anak-anak.. "Bertuah" kenn dapat jiran cam aku! Kak Ila yang lebih tua pulak ler duk risaukan aku huahua!  Tapi aku dah anggap Kak Ila ni macam akak aku sendiri lah.. Dia tak keje.  Anak-anak semua dah besar.. Yang sulung tengah buat Phd, Yang kedua baru dapat keje kat oil and gas company, grad Perancis, yang ketiga tengah buat Diploma kat Institut Kraf Negara (Tenun Songket), yang keempat tgh buat degree kat UITM,dan yang bongsu je duduk dengan dia.. Lutfi (20tahun) - anak istimewa...

Aku memang sangat kagum dengan kesabaran dia membesarkan Lutfi. Bukan calang-calang orang Allah nak pilih.. Mudah-mudahan Allah sentiasa beri kesihatan pada mereka berdua suami isteri..  Kak Ila ngan hasben dia (Timbalan Pengarah JKR- Kuat kenn kebel aku) ni memang baik sangat orangnya.  Jujur je... Kak Ila ni kalau ada berita gembira ke, sedih ke, susah ati ke aku ler yang dicarinya..

Borak punya borak Kak Ila pecah cerita jeng!jeng!jeng!!
Tini, abang (hasben dia la ni) heran kenapa Tini tak keluar  minggu ni
KAH!KAH! Aku ngan kak Ila duk bantai gelak berjemaah!
Boleh pulak dia perasan tu.. Kak Ila kata dia nasihat hasben dia - dah la tak payah busybody! ada ler tu penat ke, budak-budak tak sihat ke tu dia tak keluar.  
Alamak itu kata-kata JUJUR dari kacamata seorang lelaki pulak tu!
Nampak sangat la ketaranya yang kami anak beranak tak penah lekat kat rumah tiap-tiap minggu ek! Kah!kah! tak abeh lg aku ngan kak ila duk gelak!

Aku selalu bersyukur Allah rezekikan kami untuk dapat tinggal di sini.
Dapat jiran-jiran yang baik, suasana persekitaran yang baik....
Lalu kata-kata Allah dalam surah Ar-Rahman berlegar-legar dalam minda aku

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

 Syukur ya Allah..Alhamdulillah..



Kisah Susu Ais

Susu ais ni ada cerita disebaliknya.. cerita tentang sincerity.. humanity..yg kadang2 kita terlepas pandang...

Cerita bermula di sebuah gerai nasi kandaq beratoq kat Kepala Batas.. masa tgh duk layan nasik kandaq tu (nadiah tgh layan perasaan atas stroller dia).. tetiba mai la adik pelayan a.k.a penghantar a.k.a pembuat air ke table kami.. hantaq neslo.  

Lepas letak air tu kat meja, terus dia mencangkung .. sebab nak tengok nadiah .. pah tu dia tanya2 nadiah .. sudha makann?? minum sudhaa?? aku pun jawab ler bagi pihak nadiah :) dia dah minum susu tadi... 

Pastu dia kata dia dari Bangladesh.. ada anak buah cam umur Nadiah.. dia mintak nak dukung nadiah.. GULP!! aku macam ALAMAK!! boleh kah aku percaya mamat ni?? macam2 what if dalam otak masa tu .. pah tu aku pun buat bodo.. mcm tak paham request dia he hee.. Tetiba dia terkocoh2 belah.. aku ingatkan ada customer mai oder ayaq.. rupanya dia mai balik bawak segelas susu ais.. untuk Nadiah..aku was like nak tergelak mula2 tu tapi duk cover2 la sebab nak jaga hati dia.. sambil cakap terima kasih aku bagi tau dia Nadiah minum guna botol susu.. sebab dia kecik lagi tak pandai guna straw.. dia kata "tak pa tak pa ni saya bayar"Dia BELANJA NADIAH.. bayangkan adik bangla tu sanggup nak spend duit dia- dah la gaji dia kecik.. pada kita mungkin takat 2 hengget tu apa la sangat kan.. tapi bagi dia? yet still dia sanggup spend duit untuk total stranger.. Mesti Nadiah sangat2 mengingatkan dia kat anak buah dia kan? atau family dia? atau kampung dia?? pah tu kami sembang sikit2 dia pun pi.. 

Lepas dia takdak tu la aku diingat kan oleh enchek suami pasai e-mail gambar kanak2 bangla yg kena pi jadi buruh untuk dapat upah yg bernilai-MAKANAN...

terus aku jadi sebak... teringat iskhh cam mana la keadaan anak buah adik bangla ni kat kampung halaman dia .. sedang anak aku, waima aku sendiri makan jenuh.. terlebih-lebih.. buang-buang makanan... makan memilih-milih nak sedap ja.. terus tak dak selera nak makan.. he he mujuq la dah abih makan pun :P.....Aku pi amik kamera kt keta, approached adik tu, maka.. ini la dia hasilnya...
 Berjaya jugak dia mendokong nadiah yang hanya berstoking sebelah tu.. lagi sekali sebak melanda bila aku tengok dia tersenyum.. ntah apa laa dlm pikiran dia masa tu.. mak aku lagi .. dia siap kata .."macam nak menitih ayaq mata mak tengok dia dukung Nadiah" huuu huuu 

Mungkin moment tu boleh mengubat kerinduan dia kat anak buah dia dan kampung halaman... ntahla kan.. tapi apa2 pun ...

Morale of the story, bersyukur lah dengan nikmat yg kita kecapi .. punya kampung halaman. punya keluarga.. punya makanan yg mewah.. punya macam2 disekeliling kita... tanpa perlu bersusah payah untuk medapatkannya.. Hargailah apa yg kita ada selagi ada ... Semoga Allah memberkati hidup adik bangla tu dan seluruh ahli keluarga dia, murahkan rezeki, dan selamatkan kesemuanya dunia dan akhirat..  (too bad sebab aku langsung tak teringat nak tanya nama dia)

Menjemput Rezeki Dengan Sedekah

Hari ni nak berkongsi sikit pasal sekedah.  Ajaibnya sedekah.. Allah balas pada aku on the spot MasyaAllah..

Sebelum ni dah lama dah baca buku ni.. hari ni nak kongsi sikit






Dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki penulis simplify formula paling berkesan menambahkan rezeki  cam ni,

1-1 = 10

(formula ni langsung dari Allah) rujuk ayat  ni :

Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang kejahatannya.  Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi) 
 (Al-An'am 6:160)

Maksudnya, kita ada RM 1, kita sedekahkan RM1 (1-1) tu, realitinya duit kita dah kurang RM1 kan? Tapi sebenarnya tak.  Allah tambahkan 10!

Tapi kita kena betul-betul  YAKIN! YAKIN! YAKIN!

Yang nyatanya, aku dah banyak kali mengalami keajaibannya.. Yang terbaru, hari ni lah,.. Bukan niat nak riak atau menunjuk-nunjuk kat sini .. Cuma nak berkongsi mudah-mudahan akan bertambah keimanan kita pada Allah.. Semalam aku bagi RM10 kat pakcik yang selalu datang tolong aku isikan minyak (asal aku isi minyak kat situ je, pakcik tu mesti datang senyum kat aku) dan cepat je tangan dia ambik host  mendahului aku..

Selalu la aku borak-borak ngan pakcik tu (dia aku rasa dah umur 60 an dah kut sebab dia kata dia dah pencen) aku selalu nya bila dah masuk keter, pacik ni pegi tempat lain baru teringat 'haisehh lupa la nak bagi duit buat belanja makan pagi kat pacik ni'  Tapi hari ni , aku dah siap-siap standby dah duit.. Selesai je masa nak masuk keter aku cepat-cepat hulur kat pakcik, takut dia rasa offended aku kata- pakcik, ni saya belanja pakcik buat beli sarapan tau heheee sambil aku sengih-sengih kat pakcik tu...

Dan aku pun berlalu dengan perasaan yang sungguh sukar digambarkan..

Sampai kat agensi opis EWPG-Prudential (hari ni ada weekly meeting) tiba-tiba masuk sms 'Tini hari ni jadi tak jumpa" alamak aku sudah lupa lah, ada appointment dgn kawan aku nak buat investment.. Selalunya dia manjang je cancel appointment last minit (aku paham dia bizi kat bank ramai customer) aku tak kisah pun..
 Aku pun reply 'ok kak dlm kul 11 boleh tak datang kat area opis saya'  Ni kejadian kedua kali cllient datang opis aku ok!

Selama ni aku je la kena tunggu client, pegi opis dorang.  Ye lah aku jual produk yang tak nampak dimata kan.. yang orang ramai sangka bukan keperluan.. standard la, kita la kena cari orang kenn.

So pendekkan citer gedegak-gedebuk aku present kat dia, dia pun setuju ler nak invest.. and guess  how much? RM16,600 adalah jumlah yang boleh diambik dari EPF untuk dilaburkan..

So tengok balik formula ni:

1-1 =10

 
 Yakin dengan janji Allah :

Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia (Al-Hadid 57:11)

Senyum meleret sepajang hari... bertambah YAKIN dengan janji Allah.. Kepunyaan Allah lah segala yang di langit dan bumi...

Semoga Allah memberikan kita semua gerak hati untuk bersedekah.. 

Sebab semua yang kita rasa kita punya belum tentu milik kita.  Yang hanya menjadi milik kita adalah apa yang kita dapat makan, pakai, guna dan sedekah... Wallahualam

Selasa, 19 Mac 2013

Kehidupan- mencari-mengejar-mendapat

Hari ni ingat nak keluar awal singgah car wash jap. Kesian cik latio 5kilo daki kat badan gara-gara kemalasan tuan dia laki bini yang melampau tahap dewa! tapi.. macam biasa tak sempat jugak sudah nya aku cuma ada masa 1 jam je untuk sampai Pusat Bandar Sri Damansara haisehh!!

Tengah hari lunch appointment ngan client berprofile tinggi (macam bagus) kat Ikea.  Bila dah settle, aku pun pi la browsing sepantas kilat tengok apa la barang yang ada less kat Ikea Sale tu.. Mmm Rupanya, tak de pun lah hai yang menarik.  Yang hot item sumer harga tak potong ok! so untuk mengelakkan dari bayor parking aku beli je la mende ni 2 baru 3 hengget. Jadi buleh le aku bagi kat sesapa yang datang rumah aku nanti.   Dasar kedekut kan hehe .  Selamat duit!

Lepas tu terus gerak deras pi Public Mutual opis buat submission. dan tengah duk tunggu turn tu, call masuk bagi perkhabaran yang suami kepada client aku dah meninggal dunia.. Kena heart attack..Sedih la mengenangkan client aku tu, dah la dia tengah pregnant.. Tapi ye lah namanya manusia, dengan kematian... sangat dekat.. tak de signal, tak tau bila kita akan dipanggil.  Sebab tu lah kena sentiasa ingat pada Allah setiap masa setiap ketika..(Pesan untuk diri sendiri yang sentiasa alpa) Tengok jam, dah pukul 3.30.. Hati duk berkira-kira nak pegi ziarah tapi fikiran duk ligat memikir sempat ke tak. sebab aku pun dah ada lagi satu appointment kat Bukit Beruntung- Tesco ..Oh! sungguh tak sempat.  Jadi aku tangguhkan dulu plan nak berziarah tu.. InsyaAllah sehari dua ni, aku nak juga pi.. Buat masa ni, hanya doa aku panjatkan semoga Allah beri kekuatan padanya menghadapi dugaan dari Allah..

Sampai kat parking Tesco dah tepat pukul 4.45 sambil duk cari paking tu ternampak sorang kakak ni cakap kat henfon sambil mengesat-ngesat air mata.. Kesiannya aku tengok kakak tu.. Tah apa lah masalah dia kan...Akhirnya aku berdoa aku untuk  kakak tu juga, agar apa jua masalah dia, semoga Allah selesaikan..

Emosi sedih hari ni terbawa-bawa sampai malam :( 





Jumaat, 15 Mac 2013

Pencen dunia Pencen kubur


Untuk pekerja swasta pernah tak terpikir lepas bersara nanti macam mana nak manage wang persaraan kita tu?

Soalan ini selalu bermain diminda aku yang punya hanya ada seciput duit KWSP.. Jadi aku perlu lah menyedut duit KWSP enchek suami aku (Semoga Allah panjangkan jodoh dan umur kami)..

Satu hari aku tanya kat dia "bang agak-agak berapa yang abang perlukan untuk belanja lepas pencen nanti"

Dia kata dia zuhud 2 ribu cukup lahh!

Maka aku pun kira lah untuk dia, gedebak gedebuk guna ilmu yang baru aku dapat hasil dari menghadirkan diri dalam satu kursus yang Public Mutual buat..



Guna ni  je pun

Kesimpulannya; dapat lah satu jumlah yang men-terbeliak-kan mata aku! RM1.025 juta! WOW!! mata dah jadi cam ni $$

Aku pun buat la perkiraan seterusnya,

RM1 juta terus masukkan dalam Tabung Haji. Lock kat situ.  Tunggu setahun, Tabung Haji declare dividen, contoh nya 6%  (based on past record nih- masa depan taktau la kan) So dapat dalam RM60,000. Ambik 60,000 bahagi 12 bulan so dapat RM5,000 sebulan yang boleh dibelanjakan.. oleh aku hehe

Tapi dalam masa yang sama, sudah tentu kena buat wasiat siap-siap supaya wang RM1 juta tu diagihkan pada anak-anak dan badan kebajikan.  Ni sangat penting ni supaya selain ada penden di dunia, pencen di dalam kubur pun berterusan setelah ketiadaan kita...

Dulu masa muda-muda tak pernah pun terfikir bab-bab ni.. tapi senjak usia dah menganjak senja baru la mula memikirkan perkara-perkara macam ni .

Kita hanya mampu merancang, akhirnya hanya Allah yang menentukan segala-galanya..


Wasiat

Sikit perkongsian tentang wasiat.. Baru-baru ni aku pi kelas wasiat yang Public Mutual  anjurkan buat UTC.

 Apa tu Wasiat?
 
Wasiat adalah satu instrumen untuk mengagihkan harta pusaka kepada ahli-ahli keluarga tersayang setelah pemergian kita.  Wasiat menyatakan dengan JELAS siapa yang mewarisi aset-aset kita, bila mereka akan mewarisi aset-aset kita dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka mewarisi aset-aset.


Fakta :

Kebanyakan kita menganggap semua harta secara automatik akan pergi kepada orang yang kita sayang selepas ketiadaan kita.. Malangnya, perkara ni tak berlaku!!

SEBAB

Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang sangat lama sebelum aset-aset tersebut di agihkan


 Sumber- Utusan Malaysia 31 Mac 2011



Haa kann!! banyak kan?

Hadis Riwayat Ibnu Majah; Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"

 Wasiat sangat penting kerana:

Selepas kita mati, segala aset akan dibekukan.  Untuk mencairkannya, kita perlu melepasi proses -proses perundangan sepertikat bawah ni:




 Wasiat akan memendekkan tempoh dan proses pencairan harta pusaka..


 Kelebihan berwasiat:


1-Urusan guaman lebih cepat dengan kos yang rendah
  • Adalah lebih cepat untuk memperolehi Grant Probate dibandingkan dengan Letter of Administation dari Mahkamah Tinggi
  • Yuran Guaman lebih murah untuk memohon Grant Probate
  • Lebih mudah tanpa perlu mengemukakan 2 saksi

2-Kita boleh memilih siapa Wasi/pemeganng amanah, Tustee dan penjaga kepada anak-anak kita selepas ketiadaan kita sekiranya anak-anak belum berusia 18 tahun


 3-Kita masih mempunyai hak keatas semua aset.  Wasiat hanya akan berkuatkuasa selepas kita meninggal dunia

4. Kita boleh memberikan sehingga 1/3 dari harta kita kepada bukan bukan waris yang sah yang dalam senarai faraid , contohnya; anak angkat, anak tiri atau pada badan-badan kebajikan

5. Mengelakkan perebutan harta sesama waris kerana kita boleh menentukan awal-awal apa, siapa dan bagaimana waris akan menerima aset-aset tersebut.  Juga boleh mengelakkan pertelagahan keluarga dimana bila jika tiada wasiat ditulis, semua waris perlu sebulat suara melantik Pentadbir (Administrator)

6. Suami isteri boleh mengisytiharkan harta sepencarian dikumpul semasa perkahwinan.  Sumai atau isteri berhak untuk mendapat sehingga 50% dari harta masing-masing.

7. Islam sangat menggalakkan penulisan wasiat .  Walaupun Undang-undang Faraid telah menetapkan had-had tertentu untuk semua waris lelaki dan perempuan, tetapi Wasiat boleh menjadi cara yang lebih fleksibel dalam pengagihan harta pusaka..

8. Dengan Wasiat, kita boleh mengagihkan harta kita mengikut niat dan kehendak kita..

 Hokehh tu je buat masa ni semoga bermanfaat insyaaAllah..

Hari Aku=UTC, ibu dan Isteri


Assalamualaikum...

Ish gatai pulak rasanya nya menghapdet apa yang aku buat seharian hari ni..terlebih rajin! ngeee

Hari ni, lepas hantar budak-budak dan bapak budak ke destinasi memasing, aku balik rumah dulu.. Dah lama tak jogging haishh!! mentang-mentangla darah tinggi sudah turun .. mood nak jogging pun turun.. Tak elok tak elok. Bila sakit baru nak senaman! 

Ni projek bersenam masa mula-mula Doktor bagi tau aku kena high blood pressure
Perkara pertama yang aku buat ialah masak nasik! pah tu kelentung kelentang tumbuk bawang, cili api banyak-bayak, ikan bilis, tumis-tumis sampai garing pah tu makan ngan nasik panas2 perggh puas hati akuh!

Bila perut dah kenyang, projek mengisi form client pun bermula.. aku ni memang tetiap kali nak isi form ada 1 problem-nervous breakdown- ye la form tu seme kena tip top tak leh ada alteration langsung! mau tak sejuk kaki-tangan, STRESS woiihh!!


Setel semua, berdesup la aku pi Public Mutual Ofis kat Damansara Perdana.. Dalam keter macam biasa call sana call sini (Bajett kenn).  Buat appointment ka, confirm appointment ka call enchek suami ka, merepot di mana keberadaan aku.  Bukan apa sebagai langkah keselamatan.  Mana laa tau.. kalo terjadi perkara tak diingini, sekurang-kurang nya dia ada clue aku ada kat mana.. Keje UTC terlampau macam aku ni mobile.. asik bergerak je tak tentu destinasi.. Hari ni memang saja tak set appointment mana sebab balik tu aku nak singgah rumah client. Ziarah dia ngan baby dia..

Dalam kul 2.30 tu dah sampai Tesco Rawang, solat, makan kepsi puas hati aku (dah lama teringin nak makan asik tak sempat je manjang) pi beli hadiah kat baby, kul 4.15 baru aku sampai rumah client aku tu setelah sesat dua tiga round! Rupanya ada banyak taman nama Garing kat situ.  Ada Taman Garing la, Garing Perdana la, semua aku masuk! Mana la aku tau, nampak Garing ke men belasah je belok.  Rupanya rumah client aku tu lagi hujung kedalam- Garing Utama..Kena lalu kilang-kilang.. Baru la aku tau rupanya ada lagi housing settlement kat dalam tu mmm... tu la kan, org tua-tua kata, jauh perjalanan luas pengalaman ( ehhh tetiba je)..

Elok-elok kul 4.50 nak balik, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya!! Macam mana hujan ke ribut ke petir sabung menyabung ke kena jugak balik sebab nak pi ambik kesayangans kat school dan opis. Maka berlari ayam lah aku bebekalkan payung client aku tadi masuk kereta! Ambik payung sendiri, pulangkan balik payung client, hasilnya baju aku, lencun, kasut penuh air huuaaahuuuaa macam kolam!

Dalam keter ngan sejuk ekon lagi sebaik aku bawak bekal neskepe panas.  arrggg sedapnyaaa!!



Sampai sekolah budak-budak kat Bukit Beruntung, apa lagi tadah telinga laa dengar cerita Nabil, Nabilah ngan Nadiah sekali! Yang merengek nak gula-gula lah, yang kata lapar la! Sabar ye anak-anak, umi singgah kedai nah tiga hengget, korang pi la beli apa yang patut! (tak bleh bagi banyak-banyak duit nanti dorang shopping jajan! no! no!) Sebab hari ni dah lambat sgt so tak sempat singgah mamak ke nasik ayam ke eh umi korang belum solat asar nih!

Destinasi diteruskan dengan keadaan yang hiruk pikuk dengan suara Nadiah melalak tah apa tah yang tak kena.  Sabo je la.. aku buat pekak je drive sampai opis enchek hasben .. Sampai opis boss tunggu lagi... boss ni selalu la lambat turun hadehh..

Sampai rumah, melompat solat asar pah tu melompat la aku masuk dapo.  Enchek boss ada special request- nak makan kari ikan+telur ikan.. Kelentung kelentang by maghrib tu dah siap dah semua kari, sayur kobis goreng dan telur dadar..

Dalam pada tu dengar la bunyi vacuum cleaner- mujur lah suamiku sorang  yang rajin -ringan tulang membantu bini dia yang kurang rajin ni hehe

Lepas solat maghrib berjemaah, baca quran dan terjemahan berjemaah pah tu enchek boss ajak makan dah lapor ler tu..

10.30 semua orang dah kena paksa tidoooooo sebab esok nak bangun pagi lagi untuk teruskan kehidupan sebagai khalifah Allah selagi hayat dikandung badan...





Isnin, 11 Mac 2013

Nabilah Maisarah

Ini kisah Nabilah Maisarah.. anak kedua yang tahun ni dah pun berumur 6 tahun... Sejarah-dia ni anak yang sangat manja dengan uminya.. Kecik-kecik dulu selalu meleseh dengan umi.  Tak boleh la umi dia ni nak hilang sikit dari pandangan mata dia, mesti dia akan melalak, merengek.. tu belum nak mintak apa-apa kalau tak dapat heee dia punya suara alamak aiihh nyaring :) Hasilnya, ummi sekarang sudah ada skill memekakkan telinga! yeay! hilang perasaan!

Ketika umurnya masuk 4 tahun, kami suami isteri bersepakat untuk menghantarnya ke sekolah. Harapan- untuk memberi peluang dia bergaul dengan rakan sebaya.. Tapi nampaknya, sepanjang tahun itu sehinggalah sepanjang dia berumur 5 tahun tu, banyak-banyaklah kami kena bersabar! Hari-hari sekolah, dari nak bangun pagi, sampai lah didepan pintu sekolah, dia punya drama oomaakaihh!!
                             hari pertama sekolah- 2011 (4thn)            hari sukan 2012 (5 thn)

Semalam, 10 Mac 2013, umi sangat terkejut dengan perubahan yang ketara.  Mula dengan solat magrib berjemaah (kalau tak dia main je time kitorang solat) tanpa paksaan dia mula mengikut bersolat dengan umi.. Alhamdulillah...Tak ada apa yang paling menggembirakan hati seorang ibu melainkan melihat anak-anak buat perkara-perkara baik..

Subuh tadi, umi kejut kan dia pun senang je bangun (tak macam selalu) dah boleh mandi sendiri dan bersiap-siap sendiri, dah boleh diharap tolong tukarkan diaper nadiah pun.. anak umi dah besar la rupanya :)

Lepas tu kami solat sama-sama.. alhamdulillah..

Satu perkara yang paling menyentuh hati, ialah bila tergengar doa untuk kedua ibu-bapa yang dibaca oleh Nabilah.. Allah syukur Allah.. sungguh tulus ...

Semoga semua anak-anak umi menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.. amiin..

p/s kejap lagi umi nak pegi beli telekung yang cantik untuk Nabilah demi menunaikan janji yang telah terpateri semalam .. :)

Jumaat, 1 Mac 2013

Umi macam mana gigi boleh tumbuh keluar dari gusi?

Situasi: Nabilah mengadap cermin agak lama..tah hapa tah dibeleknya lepas tu bersuara,
Umi, gigi susu kakak dah patahkan, yer la tercabut sebab gigi kekal nak keluar, tapi ... macam mana   gigi dalam gusi tu boleh keluar?

Umi: (hadoihh)
Mmmm... tu la kebesaran Allah, Dia jadikan semua pada tubuh badan kita boleh tumbuh sendiri.. mmm macam kuku, rambut, kan kuku dgn rambut makin hari makin panjang..tapi dengan syarat kita mesti cukup vitamin, makan banyak sayur, nasi, buah, susu, supaya sel dalam badan kita sihat.  Bila dah cukup zat, semua rambut, gigi, kuku, kulit mata kita jadi sihat lah :) Kakak perasan tak, ha kan Allah sayang kita? Allah bagi pada kita semua yang terbaik :)

Selalunya, soalan anak-anak pendek je, tapi jawapan umi panjang pat lima jela huahua.. Tapi setiap jawapan insyaAllah akan terselit cerita kebesaran Allah..